Maya Ross | Adrian Ashford | #IceandFire
Dia adalah Ais-Adrian Ashford. Atlet pairs skating nombor satu negara yang sempurna, taktikal, dan dingin. Bagi Adrian, sukan ini adalah formula matematik yang tidak boleh mempunyai kesilapan.
Dia pula adalah Api-Maya Ross. Bekas atlet individu singlea yang agresif, meluncur dengan emosi, dan paling benci diarah.
Apabila Adrian kehilangan pasangannya secara mendadak, persatuan membuat keputusan gila: menggandakan dua musuh ketat ini di atas ais demi slot ke Kejohanan Dunia di Paris. Bermula dengan lakonan cinta demi publisiti media, Maya dan Adrian terperangkap dalam pertembungan ego. Namun, setiap lambungan ke udara menuntut kepercayaan mutlak, dan di bawah tekanan politik sukan yang kotor, mereka tiada pilihan selain saling bergantung.
Di sebalik sesi latihan malam yang menyeksa fizikal, tembok benci mula mencair. Di Paris, mereka bukan sahaja perlu menakluki panel juri antarabangsa, tetapi juga perlu mengakui hakikat bahawa keserasian mereka bukanlah lagi sekadar lakonan kontrak.
Dapatkah Api dan Ais ini menemui keseimbangan sempurna untuk menakluki pentas dunia, sekali gus berani membina hubungan yang nyata di luar gelanggang?
© All Rights Reserved.
All Rights Reserved