(OG) IR.ARYAN NUQMAN:RUMAH UNTUK ADDINA

(OG) IR.ARYAN NUQMAN:RUMAH UNTUK ADDINA

  • WpView
    Reads 147
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 12
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Jul 12, 2026
Zulfan Mateen, lelaki yang agak lembut dan mempunyai citarasa pemakaian pelik. Kalau tshirt warna merah, seluarnya biru. Kemeja putih, dipadankan hentam keromo dengan seluar maroon. Addina sering panggil lelaki tu "Bangla celup" kerana pakaian Zulfan yang suka-suka hati je. Tapi Zulfan tak pernah ambil hati malah dia turut sama bergembira. Namun ketika dia banyak menerima dari Addina, dia terlupa untuk memberi. Addina yang sentiasa memberi seribu pengertian namun kurang menerima perhatian. Addina tak pernah bercerita masalah maka mereka menganggap gadis itu tiada masalah. "Fan, aku rasa aku nak jadi arkitek la" "Kau? nak jadi arkitek? boleh ke nyah?" "Kenapa tak boleh?" "Aku ni bayangkan kau kena stay up malam-malam buat projek design bangunan sambil peluk bantal. Kau tu kan masuk tidur lepas Isyak, tidur kau kena cukup lapan jam sehari. Mana boleh kau jadi arkitek,nyah" "Kau ingat syarat wajib jadi arkitek kena tahan mata ke? Memandai je kau" "Nyah...kau lupa ke company Abah aku buat apa? Kan dia company buat ID. Kak Long aku kan arkitek, aku tengok dia stay up sampai lapan pagi, lepastu terus pergi kerja. Tak mandi, nyah. Patutlah berbotol perfume dia atas meja solek tu cepat je habis stok" "Aku ni bukan apa, Fan. Aku suka tengok rumah yang cantik. Bukan rumah tu wajib besar, mewah, eksklusif tapi rumah yang ada orang pulang setiap hari." "Rumah yang ada orang pulang?" "Erm..rumah yang membuatkan penghuninya sentiasa tak sabar nak pulang." "Kena letak orang yang kau sayang la nyah, barulah rasa nak pulang" "Kalau macam tu, hati orang yang dicintai adalah rumah terbaik. Sebab kita akan sentiasa dalam rumah tu" Ketika Zulfan masih tak melihat ke hatinya, muncul pula Aryan Nuqman, si Pak Su yang selalu meneropong tepat ke sudut paling dalam hati seorang Addina. Addina bukan buta mata dan hati untuk memahami maksud isi hati Aryan Nuqman, tapi hatinya masih belum terbuka untuk diisi sesiapa lagi kerana luka yang terlalu dalam.
All Rights Reserved
#2
fiction
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • GILDED OBSESSIONS (#1): THE VELVET CAGE
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • [C] Cinta Terakhir
  • MUTE
  • CARDIO: ASH (COMPLETE)
  • SATU MALAM | OG
  • Cinta Tanpa Ruang
  • Aydeen's Untold Heart (Completed)
  • [C] HATI (Buah Hati #1)
  • Permission to Fall, Prof!

"Go on darling...run for your life. You cannot hide from me, not forever. I smell your fear. I taste your defiance...and it excites me. Don't worry, I'll break you gently...or maybe I won't" - Raif Rashad Alcott "You're sick! Orang gila macam kau tak layak untuk aku! Pergi mati dengan cinta kau!" - Maira Elowen Yasira Alcott. Satu nama keluarga yang cukup disegani. Kuasa, pengaruh, pangkat mereka tidak pernah dicemari. Segalanya kelihatan mustahil untuk ditentang. Bagi Raif Rashad Alcott, setiap keinginan adalah perintah. Setiap halangan adalah permainan. Dan setiap jiwa... boleh dimiliki. Maira Elowen Yasira tidak pernah berniat untuk menarik perhatian lelaki itu. Dia hanya wanita biasa yang inginkan kehidupan yang sederhana. Hanya kerana satu 'teguran' dia menjadi korban. Kini, dia adalah sasaran, harta, dan tawanan. "One mistake. One obsession. A lifetime sentence."

More details
WpActionLinkContent Guidelines