TAMAT ✅
Di sebalik kilauan lampu stadium, senyuman manis di hadapan kamera dan sorakan jutaan peminat, industri hiburan K-Pop menyembunyikan sebuah neraka yang paling gelap. Eksploitasi, gangguan seksual, buli siber dan kelalaian yang menggadaikan nyawa semuanya ditutup rapat oleh wang, kuasa dan peguam agensi gergasi. Para idola yang teraniaya hanya mampu menangis dalam senyap.
Namun, jeritan batin dan air mata mereka yang dibisukan tidak hilang begitu sahaja. Tenaga penderitaan itu melahirkan sesuatu yang bukan manusia.
Anima Vindex.
Tiga entiti mistik yang meminjam rupa paras sempurna manusia. Jeno si abang sulung yang tegas, Jaemin si kembar yang licik dan Ryujin si adik bongsu yang dingin, turun ke dunia dengan satu misi mutlak. Menjadi hakim bayangan di sebalik tabir industri.
Mereka tidak memburu hantu. Mereka memburu manusia berhati binatang yang kebal daripada undang-undang dunia.
Setiap kali dimensi hukuman dibuka, tiga suara dingin akan bergema serentak.
"Tirai kamu sudah labuh. Masa untuk terima pengajaran."
Apabila "kelas" bermula, para pelaku akan merasai semula setiap titis kesakitan, ketakutan dan trauma yang pernah mereka buat kepada para idola. Tiada rayuan, tiada peluang kedua. Kerana di hadapan Vindex, setiap dosa ada harganya.
Bersedialah. Kerana malam ini, giliran mereka pula yang akan diajar.
Alle Rechte vorbehalten