DI INSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR.
"Aku penatlah dengan semua ni. Boleh tak kalau dalam sehari tu jangan cari gaduh?" - Qisya Naura
"Kalau kau penat dengan aku, aku akan lepaskan kau. Supaya kau lebih bahagia tanpa aku." - Nazriel Iqram
Segalanya bermula dengan sebuah pertemuan yang tidak disengajakan.
Qisya Naura, seorang wanita yang penuh kehalusan hati, akhirnya jatuh cinta pada pandangan pertama kepada lelaki yang berjaya mencuri perhatiannya, Nazriel Iqram.
Saat lelaki itu melafazkan hasrat untuk memperisterikannya, dia menerima dengan penuh rasa syukur dan kebahagiaan.
Namun, kebahagiaan itu tidak datang tanpa ujian.
Pertunangan yang sepatutnya menjadi jalan menuju penyatuan berubah menjadi medan yang menguji kesabaran mereka. Seperti kata orang tua, darah manis itu tidak pernah datang tanpa ujian.
Perselisihan faham, cemburu, tangisan dan kata-kata yang melukakan mula hadir satu demi satu. Ditambah pula dengan hubungan jarak jauh yang memaksa mereka berjauhan, setiap hari menjadi perjuangan untuk hati masing-masing.
"Aku benci kau faham tak? Kenapa susah sangat kau nak faham aku?" - Qisya Naura
"Dan aku? Aku je ke yang kena faham kau sepanjang masa?" - Nazriel Iqram
Setiap kali mereka hampir berputus asa, hanya satu perkara yang membuatkan mereka terus bertahan.
Sabar.
Tetapi sampai bila hati mampu bertahan?
Mampukah mereka memperbaiki apa yang telah retak?
Atau mereka akan memilih untuk pergi dengan membawa luka masing-masing?
Kerana...
"Jika salah satu hati tidak mampu bertahan, maka hancurlah seluruh kisah mereka."
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang