JANGAN KENAL AKU

JANGAN KENAL AKU

  • WpView
    Reads 359
  • WpVote
    Votes 44
  • WpPart
    Parts 50
WpMetadataReadComplete Mon, Aug 24, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Destined Love
Suspense
Enemies to Lovers
Sinopsis: Bagi Niel, dunia sudah lama kehilangan warnanya. Lelaki suicidal ini hidup dalam fasa menanti saat dan cara yang paling "sempurna" untuk menamatkan riwayatnya sendiri. Baginya, kewujudannya adalah satu kesilapan, dan dia hanya mahu memadamkan dirinya daripada ingatan sesiapa sahaja tanpa meninggalkan sebarang jejak. Bagi Ain pula, dunia terhenti di atas tar jalan raya. Trauma ngeri masa lalu menyebabkannya menghidap fobia melampau untuk melintas jalan. Setiap kali berhadapan dengan garisan lintang dan deruan kenderaan, kakinya seolah-olah dipaku ke bumi, membiarkan dia terperangkap dalam ketakutan yang melumpuhkan. Dua takdir yang berbeza arah ini bertembung di sebuah persimpangan yang sibuk. Di saat Ain diserang panik dan tidak mampu melangkah, Niel datang mendekat. Bukan untuk menjadi wira, tetapi entah mengapa, tubuh lemah Ain yang ketakutan itu menarik perhatiannya. Tanpa banyak bicara, Niel mencempung dan mendukung Ain untuk membantunya menyeberang jalan. Sebelum melangkah, Niel membisikkan satu kalimah yang menenangkan jiwa Ain: "Close your eyes and trust me." Ain akur. Dia memejamkan mata, menyerahkan seluruh ketakutannya kepada lelaki asing itu. Namun, di tengah-tengah jalan raya yang sedang bingit, langkah Niel tiba-tiba mati. Dalam dakapannya, Ain dapat merasakan tubuh Niel yang kaku, dan apabila dia membuka mata, Ain menyedari satu kebenaran yang mengerikan daripada pandangan mata lelaki itu. Niel tidak sedang menyelamatkannya. Niel sedang memilih saat itu, di tempat itu, bersama Ain, sebagai titik penamatnya. Hanya dalam beberapa saat mereka kaku di tengah jalan, sebuah kenderaan meluncur laju membelah sepi dan merempuh mereka berdua. Apakah detik-detik akhir itu sebuah pengorbanan yang tersilap, atau satu pelarian tragis yang sengaja dirancang? Dan apabila segalanya sudah terlambat, adakah kisah mereka akan terkubur bersama rahsia nama yang tidak sempat dikenali?
All Rights Reserved
#63
enemiestolover
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Permission to Fall, Prof!
  • Pelan Cinta #1
  • Betrayal (C)
  • Syaqil's Faithful Heart
  • KESEMPATAN KEDUA
  • The Fatih's Court
  • Takdir Dua Empayar [Complete]
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • Until Tomorrow
  • Skate To Escape

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

More details
WpActionLinkContent Guidelines