We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
JIKA SUDAH TERTULIS

JIKA SUDAH TERTULIS

  • WpView
    Reads 19
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Jul 5, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Slow Burn
Friends to Lovers
Vacation
"Tak semua luka akan kekal berdarah. Ada yang akhirnya sembuh... apabila hadirnya seseorang yang tepat." Sejak kecil, hidup Elina Amani tidak pernah sunyi daripada kehilangan dan kekecewaan. Persahabatan yang hancur, cinta zaman kanak-kanak yang tidak kesampaian, hubungan dalam dunia maya yang penuh pembohongan, ditambah pula dengan episod dibuli sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikalnya, membuatkan Amani hampir kehilangan dirinya sendiri. Namun di sebalik semua kepahitan itu, dia masih mempunyai satu impian. Menjadi seorang chef dalam bidang Bakeri dan Pastri. Dengan semangat yang tidak pernah padam, Amani melanjutkan pengajian dalam bidang yang diminatinya dan akhirnya berjaya bekerja di sebuah hotel sebagai seorang chef bakeri dan pastri. Tetapi... Alam pekerjaan tidak seindah yang disangka. Tekanan di tempat kerja, layanan yang tidak adil dan gangguan daripada beberapa rakan sekerja membuatkan Amani kembali berjuang dengan luka lama yang belum benar-benar sembuh. Di saat dia hampir berputus asa... Takdir mempertemukan semula dirinya dengan seorang lelaki yang pernah ditemuinya bertahun-tahun dahulu. Pertemuan mereka dahulu hanyalah kebetulan. Ketika sebuah family day yang dianjurkan oleh rakan baik ayahnya di Pulau Tioman, Amani yang ketika itu masih belajar di kolej vokasional hanya sempat bertentang mata dengan seorang lelaki yang datang bersendirian. Mereka tidak pernah berbual. Tidak pernah berkenalan. Namun entah mengapa... Wajah lelaki itu kekal dalam ingatan Amani. Siapa sangka, bertahun-tahun kemudian, takdir menemukan mereka sekali lagi. Kali ini... Bukan sekadar sebagai orang asing. Tetapi sebagai dua insan yang sama-sama sedang membawa luka masing-masing. Mampukah Amani belajar mempercayai seseorang semula selepas terlalu banyak dikhianati? Dan mampukah lelaki itu membuktikan bahawa masih wujud cinta yang hadir bukan untuk melukakan... Tetapi untuk menyembuhkan? Based on a True Story
All Rights Reserved
#42
trauma
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • The Fatih's Court
  • Takdir Tak Menjanjikan Bahagia
  • Vow Of Hope
  • Permission to Fall, Prof!
  • WANITA TUAN GHAZRIL
  • 𝐎𝐆 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
  • MUTE
  • HELLO QASWAR
  • KESEMPATAN KEDUA
  • Syaqil's Faithful Heart

[THE COURT'S 3] "Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya. Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan Engku Fatih, Ezarra fikir kerja tak masuk akal ini tanpa mustahilnya lagi. Peluh merecik hebat ke dahi dikesatnya laju dengan telapak tangan. Selepas itu, barulah tangannya mula berkerja atas arahan dan permintaan Engku Fatih tadi "Dalam dunia ni, kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lelaki yang telah tenggelam dalam dendam dan egois sejak umur enam tahun. Engku Fatih, bukanlah seorang romeo berpujangga. Buta terhadap cinta, obses terhadap prinsip. Tak ada siapa yang menyedarkan. Engku Fatih hanyut dan terus hanyut sehingga menghakim insan yang tidak bersalah tanpa belas kasihan. Disitu, Engku Fatih mulai sedar dendam itu adalah prinsip yang telah memusnahkan dirinya sendiri.

More details
WpActionLinkContent Guidelines