Hannah Malaika tidak pernah memilih untuk hidup dalam luka, tetapi hidup yang menjadikannya begitu.
Sebagai pelajar Malaysia di Korea Selatan, dia membawa beban kehilangan ibu, ditinggalkan keluarga, dan belajar untuk berdiri sendiri di bumi asing yang tidak pernah benar-benar memeluknya.
Dalam kesunyian itu, dia bertemu dengan Nuh Firdaus.
Seorang lelaki yang kelihatan tenang, berwibawa, dan dihormati - tetapi menyimpan luka yang tidak pernah diketahui sesiapa. Seorang imam muda yang membimbing orang lain, namun masih mencari dirinya sendiri.
Pertemuan mereka tidak dirancang, tetapi perlahan-lahan mengikat dua jiwa yang sama-sama retak.
Namun, tidak semua takdir hadir untuk memudahkan.
Ada yang hadir untuk menguji, mengubah, dan membuka luka lama yang tidak pernah sembuh.
Dan dalam perjalanan itu, mereka mula percaya bahawa "syurga terakhir" mungkin bukan tempat... tetapi seseorang.
All Rights Reserved