QARL AL-FAWWAZ  (complete)

QARL AL-FAWWAZ (complete)

  • WpView
    Reads 33,870
  • WpVote
    Votes 1,326
  • WpPart
    Parts 80
WpMetadataReadMatureComplete Mon, Aug 3, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Billionaires and CEOs
Happy Ending
Slow Burn
"Garang." Itulah perkataan pertama yang terlintas setiap kali Medina Aralynn melihat lelaki itu. Qarl Al-Fawwaz. CEO muda yang terkenal dengan wajah kacaknya, ketegasan yang sukar dibaca dan perangai garang yang membuatkan semua orang tegak macam pembaris bila dia lalu. Mulutnya memang tajam. Nada suaranya pula sentiasa tenang, dingin dan serius. Tapi entah kenapa, setiap kali dia bercakap, orang yang mendengar selalu tahan ketawa. "Benda mudah pun nak aku lukis atas dahi baru faham? Buat kerja, bukan buat dokumentari kehidupan." Garang. Tapi boleh buat orang tersengih sambil minta maaf. Tiada siapa berani melawan arahannya. Dan tiada siapa pernah melihat lelaki itu memberi layanan istimewa kepada mana-mana wanita. Termasuk Medina Aralynn. Tetapi mungkin ia akan berubah... Bagi Aralynn, lelaki itu hanyalah seorang ceo yang suka membebel dengan muka tak berperasaan. Sejenis manusia yang marah pun macam tengah baca berita. Sedangkan dirinya? Dia seorang pembantu peribadi. Seorang gadis yang sentiasa selamba. Kena marah pun masih boleh jawab dengan muka tenang. "Baik, bos. Saya salah. Tapi saya salah dengan penuh keyakinan." Dan entah macam mana, ayat itu pernah membuat Qarl diam tiga saat sebelum mengurut dahinya. Medina Aralynn memang banyak cakap. Kadang-kadang terlebih santai. Kadang-kadang lawak dia sendiri pun dia seorang yang gelak. Tapi walau mulutnya tak berhenti bercakap, setiap arahan Qarl tetap dia ikut tanpa banyak soal. "Bos suruh saya diam? Baik. Saya diam. Tapi dalam hati saya masih bercakap." TANPA SEDAR, TEMBOK ITU RUNTUH. Sebuah cerita tidak pernah sempurna, begitu juga penulisnya. Jika ada kata yang tersalah, cerita yang terkurang atau sesuatu yang tidak seperti diharapkan, maafkan segala kekhilafan. Pohon kemuning di tepi perigi, Tumbuh subur menghijau laman; Andai ada cacat dalam karya ini, Maaf dipinta atas kekurangan.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • WANITA TUAN GHAZRIL
  • [ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026]
  • 𝐂𝐄𝐎'𝐒: 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 | 𝐂
  • My Husband Rayyan Adyan |C
  • MASIH BERHARAP (COMPLETE)
  • Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C
  • 𝐎𝐆 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • He Turned With A Ring (COMPLETE)
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Her Private Chef (Ebook)
  • Love, Unspoken
  • 𝐌𝐫𝐬 𝐀𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐙𝐚𝐟𝐟𝐫𝐚𝐞𝐥 | EDITED VERSION C
  • 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚 | C
  • KESEMPATAN KEDUA
  • When We Love Again
  • HIS GIRL | C
  • TAKHTA DOSA ✅
  • Zayden Aaryan: Tercipta Untukmu (COMPLETE)
  • Aydeen's Untold Heart (Completed)

Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah 7 tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Cinta tak mengenal usia, kalau tidak takkanlah seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla begitu berani menyatakan hasratnya tulus mencintai lelaki seperti Ghazril Mikail. "Apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?

More details
WpActionLinkContent Guidelines