Shelter For My Storm
Previously know as "My Lovely Inara"
~~~~~~
He was the calm she never understood. She was the storm he never wanted to lose.
Selama lapan tahun, Edric William Durant dan Inara Az-Zahra hanya mengenali satu sama lain sebagai keluarga.
Mereka tidak pernah menyangka bahawa insan yang membesar bersama akhirnya menjadi insan yang dipilih untuk menemani sepanjang hayat. Namun, Allah menulis kisah yang berbeza untuk mereka. Sebuah kisah tentang dua hati yang berbeza, tetapi diciptakan untuk saling melengkapi.
Pada usia yang masih muda, Inara melangkah ke alam perkahwinan bersama Edric, seorang lelaki yang jauh berbeza daripada dirinya.
Inara adalah seorang yang penuh warna, keras kepala dan mudah terbawa perasaan. Manakala Edric pula tenang, sabar dan sentiasa memilih untuk memahami.
Mereka umpama Storm and Shelter.
Inara hadir membawa warna dalam kehidupan Edric, sementara Edric menjadi tempat teduh yang memberikan ketenangan dalam dunia Inara.
Daripada pergaduhan kecil, usikan manja hinggalah detik-detik sederhana dalam rumah tangga, mereka belajar bahawa cinta bukan sekadar tentang memiliki seseorang.
Tetapi tentang menjaga, memahami dan berjalan bersama menuju redha Allah.
Mampukah Edric yang sentiasa tenang menghadapi badai bernama Inara?
Dan mampukah Inara menerima bahawa lelaki yang paling berbeza daripadanya itu adalah lelaki yang Allah pilih untuknya?