Wajah cantik yang dimiliki tidak seindah hidupnya. Sedari usia 10 tahun HAZEL SAFINA ditinggalkan ibunya. Lalu, dia hanya mencintai sang ayah yang setia menjaganya dengan tulus. Namun, semuanya berubah apabila si ayah yang tersayang menikahi wanita lain. Semenjak dari hari itu, hidupnya berubah seratus peratus. Dia dihalau oleh ayahnya kerana onar yang dicipta sendiri. Tanpa dia sedar sebenarnya ada tangan yang mengatur agenda. Melenyapkan namanya sebagai pewaris tunggal HS2 holdings. Dia hilang di sebuah kampung dan diselamatkan oleh sebuah keluarga yang mengamalkan ajaran agama. Di situ dia kenal erti hidup. Dia kenal erti hubungan darah dan di situ juga dia kumpulkan semangat untuk kembali semula kepada ayahnya. Kerana dia sedar semua orang menganggapnya sudah mati lalu, dia menyamar. Namun, penyamarannya mengundang syak wasangka ketuanya di tempat kerja baru, AKHYAR ZAINUDDIN. Kerana itu mereka selalu bertekak. "Siapa kau sebenarnya. Kerani tapi boleh pakai kereta mewah. Kau jual tubuh?" - AKHYAR "Maaf. Ingat kerani ni sengkek sangat ke. Saya tak ada masa lah nak main jual beli haram ni?" - SAFINA "Atau kau musuh Dato' Hamzah? Masuk ke sini sebab nak mengintip dan menghancurkan HS2?"- AKHYAR Mendengar saja nama itu hatinya hancur berkecai. Berjayakah dia meyakinkan lelaki berpangkat dato' itu bahawa dialah si anak yang hilang berbelas tahun lalu. Beranikah juga dia hendak menentang orang dalam yang menjadi punca kehilangannya. Dan... benarkah dalam hatinya ada dua hero yang dia sayang yang membuat Akhyar berundur diri. - Dalam hati ini ada dia dan kamu tetapi berbeza rasa -
More details