(💚COMPLETED)DARI WARWICK KE IPOH
Cempaka Iman masuk kerja pukul 4 petang sehingga 10 malam. Pendek kata, dia la yang kena tutup pintu kafe, tutup lampu,tutup aircond, dan tutup mesin kira. Dah sebulan dia kerja di kafe ni dan sebulan juga la dia dah boleh hafal satu-satu regular customer yang berkunjung.
"Dik, air kosong ni tawar" dan tanpa banyak soal,dia letak satu sachet gula dalam tu.
"Dik, kopi ni manis sangat" dan dia tambah ais ke dalam gelas itu.
"Dik, akak rasa air ni panas sangat" dan dia tambahkan selapis cawan kertas buat penebat haba.
Tapi ada satu customer ni yang tak pernah komplen meskipun hari pertamanya kerja, Cempaka tersalah masukkan brown sugar ke dalam ice Americano lelaki itu.
"It's okay, still the same sucrose" Lelaki itu bercakap sambil menelek iP13.
"But Sir, with additional ten percent molasses" muka Cempaka ketika itu memang cuak. Ada tak bos pecat pekerja selepas 10 minit bekerja?
"Ada banyak ice ni. Nanti dissolve semua manis tu. Thanks" dan terus lelaki itu berlalu.
Lega hati Cempaka. Dapatlah dia kurangkan nisbah pekerja yang dipecat di hari pertama.
Cerita tak habis di situ, hari kedua lelaki itu datang lagi. Kali ni nak ice latte pula. Dan Cempaka terletak 3 shots espresso ke dalam cawan 16oz tu. Itupun disedari setelah lelaki itu selesai membayar dan berjalan lima langkah meninggalkan kaunter.
"Berapa shots?"
"Tiga" dan ketika itu dia baru teringat lelaki itu tak ada minta extra shot! Mampus lah lelaki tu tak tidur malam ni sampai esok pagi! Takkan dia nak kena nyanyi Rockabye Baby kat telinga customer malam ni!
"Thanks. Malam ni saya memang nak stay up"
Sekali lagi Cempaka bersyukur. Dan sejak itu dia perasan lelaki itu akan setia datang ke kafe setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad sebab Cempaka bercuti pada dua hari hujung minggu. Jadi memang dia tak tau kewujudan lelaki itu pada hari-hari demikian.