Kami telah memperbarui Pedoman Konten kami.
Tinjau pedoman terbaru untuk terus berbagi cerita dengan aman.
Salji Pertama Di Ryazan

Salji Pertama Di Ryazan

  • WpView
    Membaca 4
  • WpVote
    Vote 0
  • WpPart
    Bab 4
WpMetadataReadDewasaBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Sen, Agt 17, 2026
WpInfo
Fiksi
Romansa
Bagi Kapten Daniel Aryyan, hidup ini hanyalah tentang disiplin tentera dan mempertahankan tanah air. Di sebalik uniform tegap dan wajahnya yang sentiasa dingin bak batu, Daniel menyimpan seulas hati yang penuh dengan parut luka. Kehancuran rumah tangga ibu bapanya sewaktu dia kecil meninggalkan trauma yang mendalam, membuatkan dia membina "dinding" emosi yang tinggi daripada didekati sesiapa. Hanya seni pembuatan dessert manis ajaran neneknya sahaja yang mampu menjadi terapi penenang setiap kali memori silam datang mengganggu-satu rahsia manis yang disorokkan rapi di sebalik imej askarnya yang garang. Tatkala Kapten Daniel Aryyan terpilih untuk dihantar ke Ryazan, Rusia bagi menjalani latihan kombat ekstrem bersama unit khas tentera elit di sana, dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan cuaca beku yang mencengkam fizikal. Namun, apa yang dia tidak jangkakan ialah kehadiran sebutir cahaya matahari di tengah-tengah ribut salji Moscow. Karina Ivanovna Petrova, seorang gadis pelayan kafe tempatan yang tersangatlah riang, bubbly, dan kadangkala mempunyai perangai kebudak-budakan yang sukar diramal. Bagi Karina, askar Malaysia yang sering berkunjung ke kafenya itu tidak ubah seperti seketul ais yang memerlukan kehangatan sehinggakan dia tekad mahu menceriakan hari-hari Daniel yang penuh tekanan.Apabila dunia ketenteraan Kapten Daniel Aryyan yang keras mula bertembung dengan dunia Karina yang penuh dengan aroma roti bakar dan manisnya air buah Kompot, dinding ego Daniel perlahan-lahan mula mencair. Sisi kebudak-budakan Karina tanpa sedar mula mengisi kekosongan dalam hidup Daniel, manakala kehadiran Daniel pula menjadi pelindung setia di setiap langkah gadis itu. Namun, di bumi asing yang penuh dengan pergolakan taktik perang dan rahsia, mampukah kehangatan Karina Ivanovna Petrova menyembuhkan sebuah trauma masa lalu Daniel? Dan apabila latihan tamat, adakah "matahari" itu akan terus menyinari hidupnya, atau ia akan terkubur bersama salji terakhir di Ryazan?
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • MUTE
  • Syaqil's Faithful Heart
  • Permission to Fall, Prof!
  • KESEMPATAN KEDUA
  • 𝐎𝐆 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
  • WANITA TUAN GHAZRIL
  • HELLO QASWAR
  • Vow Of Hope
  • The Fatih's Court
  • Takdir Tak Menjanjikan Bahagia
MUTE

"Are u guys kidding me? Tak tengok ke keadaan mak saya macam mana? And you still ask about this contract?" Alea Irdina "Apa kata Cik yang menggantikan Puan Norizah?" Terlopong mulut Alea Irdina apabila dia terpaksa menggantikan ibu angkatnya yang koma menjadi seorang pembantu rumah. Namun, saat pertama kali Alea menjejakkan kaki ke banglo milik majikannya itu, dia terpaku. Banglo itu tidak ubah seperti kawasan larangan yang ditinggalkan. Kolam ikan kering kontang, pasu bunga pecah bertaburan, dan dedaun kering menyelubungi setiap sudut halaman. Ezra Malique, seorang lelaki workaholic yang dingin dan hanya mementingkan kerjaya. Baginya, rumah hanyalah persinggahan untuk melepaskan lelah sebentar sebelum kembali ke pejabat. Malah lelaki itu pernah tidak pulang ke rumahnya sebulan. " Kau rasa apa tajuk berita esok kalau usahawan hebat macam kau kena tangkap basah?" Alea "Kau nak main kotor dengan aku?" Ezra

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan