Pertemuan kali pertama, Aleesa Qaireen sudah membenci lelaki itu. Lelaki ego yang sanggup bertikam lidah dengannya hanya disebabkan sekeping roti.
"Hei Mr. Berlagak! Jangan ingat awak kaya, semua benda boleh dibeli dengan duit!" - Aleesa Qaireen
"Memang semua boleh dibeli dengan duit! Kalau tak ada duit, kau cuma layak ada bawah tapak kaki aku jelah." - Tengku Zafran Ishraf
Mereka juga bertemu saat mendapat rawatan di Velora Specialist Hospital. Bayangan mamat berlagak, Mr. Ego disangkakan sengaja mengekorinya disebabkan kejadian lalu. Lelaki dingin, berlagak itu ada sahaja ingin mencari masalah dengannya. Dia tak faham betul!
"Awak dah kenapa eh? Setiap kali kita terserempak, awak mesti cari pasal dengan saya? One more thing, kenapa awak boleh ada kat hospital ni? Awak ikut saya kan?" - Aleesa Qaireen
"Tanya aku. Kau tu. Kenapa ada kat sini jugak?" - Tengku Zafran Irsyad
"Treatment la. Lagipun suka hati saya lah nak datang hospital mana pun. Bukan hospital bapak awak pun" - Aleesa Qaireen
"FYI, ni memang hospital BAPAK aku pun." - Tengku Zafran Irsyad
Hari demi hari, cinta mula mekar di antara mereka. Namun, takdir yang sudah tertulis menjadi penghalang hubungan mereka.
"Saya sakit, Zaf. Saya tak layak untuk awak." - Aleesa Qaireen
"Saya pun sama, Qai. Masa saya dah tak lama. Tapi sekurang-kurangnya, saya nak habiskan masa saya dengan awak." - Tengku Zafran Ishraf
Mampukah cinta ini bersatu atau takdir yang memisahkan?
Todos los derechos reservados