GIRASOLÉ , MI ÇASA (OG)

GIRASOLÉ , MI ÇASA (OG)

  • WpView
    Reads 1
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Jul 13, 2026
2ND STORY by nurraaeyn Elianar Sofiya, seorang gadis yang cemerlang dalam pelajaran dan sering menduduki tempat pertama di sekolah, terpaksa membesar dalam suasana rumah yang penuh dengan ketidakadilan. Hidupnya menjadi lebih berat apabila kakaknya, Elara Safira, menghidapi ADHD - satu keadaan yang sukar difahami oleh ayah tiri mereka. Bagi mengelakkan kekecohan yang lebih besar, ayah tiri itu menetapkan satu peraturan yang menyeksakan: kakak selalunya betul, dan adik yang wajib menanggung segala kesalahan. Setiap kali berlaku masalah, Sofiya menjadi sasaran paling mudah untuk dihukum. Bahkan ibunya sendiri memilih untuk berpihak kepada suaminya semata-mata demi mengekalkan keamanan rumah, meninggalkan Sofiya berasa terasing dan tiada tempat mengadu. Suatu hari, kerana ingin menyertai aktiviti kokurikulum yang dikatakan penting untuk pelajarannya, Sofiya dipukul dan dimarahi dengan kata-kata yang menghiris hati. Sejak peristiwa itu, dia membuat keputusan untuk tidak lagi menyertai sebarang aktiviti di luar waktu pembelajaran, sekadar untuk mengelakkan diri daripada disakiti lagi. Ayah kandungnya pula telah lama meninggalkan mereka, membina hidup baru di Pulau Pinang seolah-olah tidak pernah mempunyai anak terdahulu. Terpaksa bergantung pada kekuatan diri sendiri, Sofiya membina tembok pertahanan yang tinggi di sekeliling hatinya. Dia meyakinkan dirinya bahawa dia tidak memerlukan sesiapa, apatah lagi lelaki, kerana pengalaman mengajarnya bahawa kasih sayang dan perlindungan hanyalah membawa kekecewaan dan luka. Namun, takdir mempunyai jalan cerita yang berbeza. Apabila dia melangkah ke alam dewasa dan mula membina kerjaya sendiri, lalunya akan bersilang dengan Tuan Qoirul Airil - seorang lelaki berdarah bangsawan yang dibesarkan dalam limpahan keadilan dan kasih sayang. Mampukah Tuan Qoirul Airil menembusi tembok yang telah dibina selama bertahun-tahun itu, dan membuktikan bahawa Sofiya tidak perlu memikul seluruh beban hidupnya sendirian?
All Rights Reserved
#22
malay
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Permission to Fall, Prof!
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • HELLO QASWAR
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Forever Isn't What We Promised
  • Racing King
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

More details
WpActionLinkContent Guidelines