GIRASOLÉ , MI ÇASA (OG)

GIRASOLÉ , MI ÇASA (OG)

  • WpView
    Reads 8
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Jul 31, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Destined Love
First Love
Contract Relationship
"Awaklah matahari saya, dan saya bunga matahari awak. Girasole mi casa - awaklah rumah saya selamanya." Janji manis Rel Andorra dan Tun Amir di celah ladang bunga matahari akhirnya hancur dipaksa takdir. Tun Amir terpaksa berkahwin dengan Nik Sofiya, sahabat baik Andorra, demi tuntutan keluarga. Berpisah dengan hati retak, hanya rantai emas berbentuk bunga matahari menjadi saksi cinta yang tidak tertunai. Bertahun kemudian, wasiat terakhir Andorra yang meninggal dunia akibat sakit jantung mempertemukan semula nasib zuriat mereka: Rel Ezarra, gadis lincah dan penuh kekacauan, terpaksa berkahwin dengan Hazif Tun Imran, pereka perabot terkenal yang dingin, tenang dan membenci perkahwinan paksa ini. "Jangan harap saya akan anggap awak sebagai isteri," kata Hazif dingin. "Dan jangan sangka saya datang kerana mahukan awak," balas Rel tajam. Bermulalah hidup bermusuh di bawah satu bumbung. Namun di sebalik pertengkaran, mereka perlahan-lahan mengungkap rahsia silam dan luka yang dipendam. Mampukah api dan air bersatu, menyempurnakan janji lama ibu bapa mereka? Akhirnya, adakah mereka akan faham bahawa rumah bukan tempat, tetapi seseorang yang membuatkan hati berhenti merantau?
All Rights Reserved
#77
bunga
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • KESEMPATAN KEDUA
  • Pelan Cinta #1
  • Permission to Fall, Prof!
  • πŽπ† | 𝐅𝐒𝐫𝐬𝐭 π‹π¨π―πž, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐞π₯
  • [C] HATI (Buah Hati #1)
  • Until Tomorrow
  • MY GREY GUY
  • The Fatih's Court
  • The Silent Voice Is My Wife | OG
  • ASLUNA

(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.

More details
WpActionLinkContent Guidelines