Faisal Haider × Delilah Fatima × Issac Khalaf
Bagi dunia luar, Delilah Fatima hanyalah seorang pekerja pejabat biasa yang tenggelam dalam kesibukan kota. Namun di alam maya, dia ialah seorang novelis terkenal yang meluahkan segala rasa hatinya melalui bait-bait aksara penuh emosi.
Tiada siapa tahu, inspirasi di sebalik setiap watak lelaki yang sempurna dalam novelnya datang daripada seorang lelaki asing bernama Faisal Haider. Lelaki yang berjaya mencuri hatinya, tujuh tahun lalu.
Kini, Delilah nekad berhijrah ke kota yang sama dengan Faisal. Bukan untuk menuntut balas, bukan untuk memaksa cinta. Cukuplah sekadar dapat menghirup udara yang sama, dan melihat lelaki itu hidup bahagia dari jauh.
Namun, apabila takdir mula mempermainkan benang pertemuan mereka, Delilah sedar... semakin dekat dia dengan Faisal, semakin sakit realiti yang perlu ditelannya. Kerana bagi Faisal, Delilah hanyalah seorang orang asing yang tidak pernah wujud dalam hidupnya. Namun, kehadiran jejaka bernama Issac Khalaf merubah segalanya. Sikap lelaki itu yang tidak terduga berjaya menggoncangkan seluruh jiwanya.
Faisal Haider terlalu tinggi untuk digapai, dan terlalu dingin untuk dicarat rasa. Di sisi lain pula, Issac Khalaf setia menanti dengan senyuman dan cincin permata.
"Dalam diam ku mencintaimu, dalam diam juga ku terpaksa melepaskanmu."- Delilah Fatima
"Mencintaimu adalah luka yang sengaja aku peluk. Dan melepaskanmu adalah satu-satunya cara untuk aku terus bernyawa."- Issac Khalaf
Warning ⚠️
#sweetcouple #crush #complicated #happyending #love #relationship #romance #angst #airmata #sedih #patahhati #penyesalan #broken #hurtcomfort #cintabertepuksebelahtangan #malayromance
All Rights Reserved