SEREIN #3

SEREIN #3

  • WpView
    Reads 6
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Jul 17, 2026
SYNOPSIS DAISYA ft. DZUL "Tidak semua yang tersenyum sedang bahagia. Dan tidak semua yang diam sedang baik-baik sahaja." Kadangkala... yang paling sukar dilihat, bukanlah air mata. Tetapi luka yang tidak pernah dipertontonkan. ... DAISYA HANANIA. Di sebalik wajah mulus dan senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya, tersembunyi seorang gadis yang gemar mengusik, mudah tertawa dan berhati lembut. Dia percaya... kalau sudah suka, kenapa perlu malu untuk berusaha? Namun, sekali dia berhenti... bermakna dia tidak akan berpaling lagi. "Nia... lama tak nampak. Sihat?" - Dzul DZUL CADHLA. Ketampanannya serasi dengan akhlaknya. Lembut pada pandangan mata, dingin pada layanan. Sukar didekati. Lebih sukar untuk memahami isi hatinya. Dia menyangka ketegasannya tidak akan meninggalkan kesan. Rupa-rupanya... dia telah mematahkan sesuatu yang tidak mampu diperbaiki dengan kata-kata. "Dzul rindu Nia yang dulu..." "Daisya Hanania yang dulu dah lama mati." Masih adakah ruang untuk sebuah senyuman kembali mekar? Atau... ada luka yang sememangnya ditakdirkan kekal menjadi rahsia? NO PLAGIARISM!!!
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Permission to Fall, Prof!
  • Forever Isn't What We Promised
  • Racing King
  • HELLO QASWAR
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

More details
WpActionLinkContent Guidelines