BONEKA OBSESI SANG SERIGALA
Apa yang bermula sebagai permainan Werewolf dalam kalangan sekumpulan pelajar bertukar menjadi sesuatu yang jauh lebih mengerikan. Peraturannya mudah iaitu tuduh, undi, singkir. Bertahan sehingga permainan tamat
Namun kali ini... permainan itu membongkarkan rahsia seseorang. Seseorang yang telah mengorbankan nyawa yang tidak bersalah.
Apabila lampu dipadamkan, gelak tawa bertukar menjadi bisikan penuh curiga. Dosa lama mula timbul ke permukaan. Kesalahan yang selama ini disembunyikan perlahan-lahan menghimpit dada. Setiap tuduhan tidak lagi terasa seperti strategi - tetapi seperti hukuman.
Seseorang sedang memerhati dari ruang yang sunyi untuk mengetahui siapa pelakunya.
Petunjuk muncul, mendedahkan kesalahan sebenar di dunia nyata. Rahsia yang tidak mungkin diketahui orang luar. Dan ketika suasana semakin tegang, sitausi tersebut telah memecah-belahkan mereka, satu persoalan menakutkan muncul:
Adakah mereka sedang memburu werewolf atau sedang menegakkan keadilan?
Kerana dalam permainan ini, serigala yang sebenar bukanlah watak jahat dalam permainan tetapi seseorang yang nafsu bermaharajalela dalam dirinya.
Di bawah bulan mengambang, yang tidak bersalah boleh terkorban
Dan menjelang subuh, kebenaran menuntut keadilan yang disembunyikan selama ini