CINTA YANG TERSEMBUNYI [SU]
♡ LIYYA MAISARAH X MUHAMMAD ARIFF ♡
• CRUSH TO LOVERS •
...
Liyya Maisarah.Dia pulang ke kampung halamannya selepas menamatkan pengajian di luar negara,dan bersedia untuk memulakan fasa baharu sebagai seorang doktor pelatih.
Namun, kepulangannya menemukan dia semula dengan seseorang dari masa lalu...iaitu Muhammad Ariff, lelaki yang pernah hadir dalam kenangannya sewaktu zaman persekolahan.
Pertemuan yang tidak dirancang itu membuka kembali rasa yang pernah dia simpan.
Dalam diam, banyak perkara yang mula membuatkan perasaan cintanya itu berputik kembali.
Dan tanpa Liyya sedari, kepulangannya kali ini bukan sekadar untuk pulang...tetapi untuk menemukan semula sesuatu yang pernah ia lupakan dahulu.
kini lelaki itu benar-benar berdiri semula di hadapannya.
Perasaan itu? Dia ingat sudah lama menghilang.
Rupanya... tidak.
...
Bagi Muhammad Ariff pula, kepulangan ke kampung hanyalah sekadar untuk berehat daripada jadual kerja yang terlampau padat baginya.
Namun, satu pertemuan yang tidak dirancang,mula mengubah segalanya...
Liyya Maisarah.
Satu nama yang sudah lama dia simpan dihatinya... tiba-tiba ia muncul semula di depan mata.
Tanpa dia sedar, perkara yang dulu dianggap sudah selesai,sebenarnya belum lagi berakhir di situ.
Dan kali ini,mungkin takdir tidak lagi memberi ruang untuk mereka berpisah.
Kerana ada kisah yang tertangguh terlalu lama...dan akhirnya, memilih untuk bermula semula.