Pertemuan mereka pada waktu yang salah membuatkan sukar untuk mengawal perasaan.
Muhammad Arasy, seorang guru praktikum di sebuah sekolah di Pahang. Jejaka asal Sabah ini menempuhi pelbagai ujian sewaktu menjalani latihan mengajar pada tahun 2025.
Namun, seorang pelajar bernama Nur Insyirah telah menarik perhatiannya.
Dia sedar batasnya sebagai seorang guru, tetapi hatinya terus berperang antara perasaan dan prinsip.
"Ya Allah, tolong hapuskan perasaan yang dilarang ini..." - MUHAMMAD ARASY
Lima tahun kemudian, Arasy kembali ke tanah Semenanjung untuk menjemput adiknya di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Langkahnya terhenti apabila terlihat susuk tubuh wanita yang pernah menghiasi doanya dahulu.
Dia... Nur Insyirah.
Adakah pertemuan kedua ini sekadar kebetulan atau takdir yang tertulis?
"Sudah besar ya kamu, Insyirah." - MUHAMMAD ARASY
Insyirah terpaku. Suara itu, panggilan itu buat pertama kali namanya disebut sebegitu lembut.
Hatinya yang pernah luka kini kembali bergetar.
"Cikgu... Arasy?" - NUR INSYIRAH
Adakah mereka akan bersatu akhirnya, atau semuanya hanya sekadar ujian sementara?
Mampukah takdir mempertemukan semula dua hati yang pernah saling mendoakan dalam diam?
Temui kisah penuh getir dan kasih ini dalam Merentas Hati, sebuah cerita tentang perasaan, masa, dan keikhlasan yang diuji oleh jarak dan waktu.
All Rights Reserved