"AKU LELAKI, KAU PEREMPUAN" [ON GOING]

"AKU LELAKI, KAU PEREMPUAN" [ON GOING]

  • WpView
    Reads 9
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Jul 29, 2026
WpInfo
Non-Fiction
"AKU LELAKI, KAU PEREMPUAN" Maya (25 tahun) bukanlah wanita yang meminati dunia alam perkahwinan. Dengan gaya rambut pendek yang kemas, cara berpakaian yang santai, serta perwatakan yang dingin, kental dan sedikit kasar, dia sering disalah anggap sebagai lelaki pada pandangan pertama. Bagi Maya, cinta adalah satu kelemahan, dan perkahwinan hanyalah gangguan kepada kebebasannya. Namun, akibat desakan keluarga yang tidak henti-henti, dia terpaksa menuruti permintaan keluarganya untuk berkahwin. Di pihak yang satu lagi, hadir Adam (26 tahun) yang jauh dari ciri-ciri "lelaki maskulin" tipikal yang diidamkan ramai. Dia seorang yang sangat pemalu, mudah gelabah, penakut dengan bayang-bayang sendiri, dan sering mengelak daripada bertentang mata apabila bercakap dengan orang asing lebih-lebih lagi dengan wanita berpewatakan tegas seperti Maya. "Dengar sini, Adam. Aku pun tak minat nak ada pakwe lembik macam ni. Tapi aku datang sebab aku nak lepaskan diri dari desakan tok abah aku yang asyik suruh aku kahwin dengan anak kawan dia yang kerek tu. So, deal?" Maya menghulurkan tangan kanannya yang kasar dan berbintik parut kecil akibat kerja bengkel. "Deal..? deal apa?" Adam bertanya polos. "Kita kahwin" balas Maya dingin. ° h u s e n a ° no copyright ⁠~⁠♪
All Rights Reserved
#9
novelmalaysia
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Suamiku, Ayah Sahabatku ! [COMPLETED]
  • Nuh's Secret Wife [C]
  • SERAKAH
  • Sangkar Dendam 'Tuan Muda'
  • Himpunan Pengalaman Sebenar Aku
  • JANGAN USIK CIKGU ITU
  • Kau Lupa Janji [C]
  • Dear, Dr. Leo
  • MY BOS BECOME MY WIFE
  • 5.0 | THE RENTED HUSBAND

Nur Alya Sofea tidak pernah menyangka pertemuan biasa di rumah sahabat baiknya, Hana, bakal mengubah seluruh hidupnya. Bagi Alya, Dato' Zafran Iskandar hanyalah seorang lelaki matang yang terlalu serius, seorang duda yang dingin dan juga... ayah kepada sahabat baiknya sendiri. Namun, apabila keluarganya dilanda masalah besar, Alya terpaksa menerima satu keputusan yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya - berkahwin dengan lelaki yang hampir tidak dikenalinya. Perkahwinan itu bukan kerana cinta. Bukan kerana impian. Tetapi kerana sebuah pengorbanan. Alya terpaksa menjadi isteri kepada Zafran, sedangkan Hana perlu menerima kenyataan bahawa sahabat baiknya kini bergelar ibu tirinya. Tinggal sebumbung dengan seorang lelaki yang jauh lebih matang bukan sesuatu yang mudah. Alya dan Zafran sering bertelagah kerana perbezaan usia, cara berfikir dan luka lama yang masih menghantui hati masing-masing. Zafran masih terperangkap dengan kenangan arwah isterinya, manakala Alya cuba meyakinkan dirinya bahawa perkahwinan ini hanyalah sebuah tanggungjawab. Tetapi bagaimana jika lelaki yang pada awalnya kelihatan dingin itu sebenarnya adalah insan yang paling memahami dirinya? Bagaimana jika perhatian kecil, pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan Zafran perlahan-lahan mencairkan hati Alya? Dan bagaimana jika cinta yang bermula dengan paksaan akhirnya menjadi cinta yang paling mereka perjuangkan? Dari seorang gadis yang terpaksa menjadi isteri... Kepada seorang lelaki yang tidak pernah menyangka akan mencintai semula... Adakah sebuah perkahwinan tanpa cinta mampu menemukan mereka dengan bahagia? Atau mereka akan kehilangan segalanya sebelum sempat mengakui perasaan yang sebenar? "Kadang-kadang, orang yang kita tidak pernah pilih... adalah orang yang Tuhan pilih untuk melengkapkan hidup kita."

More details
WpActionLinkContent Guidelines