DI SEBALIK TAKHTA YANG DINGIN, SUMPAHNYA ADALAH PERISAI ABADI BUAT SANG PUTERI.
ꕤ 。 ˚⋆
Seorang puteri tanpa kuasa, seorang kesatria yang terlalu serius... dan sebuah sumpah yang bermula daripada secawan teh pagi.
Bagi Puteri Astrea Calestia, hidup dalam Istana Seraphina tidaklah semewah yang disangka. Dilahirkan tanpa sebarang teras magis dan tubuh yang rapuh, dia sering dipandang sebagai 'puteri kecil yang perlu dilindungi setiap masa'. Malah abangnya, Putra Mahkota Andrian, punya tahap risau yang luar biasa, pantang tengok adiknya terdedah angin malam sikit, mulalah riuh satu istana!
Demi memastikan adiknya sentiasa selamat, Andrian melantik Seth Noah, kesatria tertinggi kerajaan yang terkenal dengan dirinya yang dingin dan berwibawa, sebagai pengawal peribadi khas buat Astrea. Tugas Seth sepatutnya mudah: Jadi perisai, berdiri kaku, dan pastikan sang puteri selamat.
Tetapi menjaga Astrea rupanya tak semudah bertempur di medan perang. Mana tidaknya, sang puteri langsung tak takut padanya! Malah, selalu sahaja ada akal comel Astrea untuk mengusik kesatria yang kaku ini.
"Awak ni Seth... janganlah berdiri macam patung kat tepi pintu tu. Ni arahan diraja, duduk makan sekali dengan saya!" - Astrea
"Saya pengawal awak, Astrea. Tugas saya jaga awak, bukannya temani awak makan wafel..." - Seth
Namun, di sebalik usikan nakal dan gelak tawa di taman mawar, takdir secara perlahan mula merapatkan dua hati ini. Bagi Seth, Astrea bukan sekadar tugas diraja... tetapi kehangatan pertama yang pernah hadir dalam hidupnya yang penuh dengan besi dan pedang.
"Saya tak perlukan ratusan kemenangan di medan perang, Astrea... kalau saya gagal buat awak tersenyum setiap hari. Nyawa saya ialah perisai awak." - Seth
Dapatkah seorang kesatria yang kaku mempertahankan sang puteri kecilnya apabila bahaya mula mengancam impian bahagia mereka? Atau adakah sumpah di bawah sinar bintang itu bakal menjadi takdir abadi buat mereka berdua?
Start: 26/7/2026
End: 6/8/2026
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang