Di sebuah dunia yang tersembunyi di sebalik kehidupan biasa, tenaga kutukan menjadi asas kepada kekuatan, rahsia, dan juga penderitaan.
Zafri Fushin hanya mahu memahami teknik miliknya sendiri, 10 Bayangan. Dia tak kisah tentang lelaki yang meninggalkannya sejak awal, lelaki yang bergelar ayah tetapi tidak pernah benar-benar menjadi keluarga.
Namun, sekolah kutukan yang dia masuk tidak pernah sesederhana itu.
Ada rahsia yang disimpan terlalu lama.
Ada orang yang sepatutnya sudah mati, tetapi kembali semula.
Ada bayang yang bergerak lebih awal daripada tuannya.
Dan ada masa lalu yang mula menghampiri Zafri satu demi satu.
Di antara latihan, persahabatan, persaingan, dan kebenaran yang pahit, Zafri akan belajar satu perkara:
Kadang-kadang, yang paling menakutkan bukanlah musuh yang datang dari luar.
Tetapi bayang yang hidup di dalam diri sendiri.
All Rights Reserved