We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
SIRNA GEMALA : {Hikayat Pemuda Kampung}

SIRNA GEMALA : {Hikayat Pemuda Kampung}

  • WpView
    Reads 3
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Aug 9, 2026
WpInfo
Fiction
Fantasy
Ancient Civilizations
High Fantasy
Fairy Tales and Mythology
Lenyapnya insani diperhamba oleh serakah diri. Sultan yang batil hanya mengikut hawa nafsu birahi, maka butalah mata hati oleh kebebalan diri. Rakyat yang ghafil menjadi alat permainan di tangan orang yang memegang kuasa tanpa hati nurani. Ummat kecil dengan sumpah setia yang murni dipersembahkan dengan kebenaran yang batil, Dibutakan akan kedamaian yang fana lagi dusta, berangsur-angsur meruntuhkan empayar padah kealpaan rakyat bumi ini dan keangkuhan pemimpin sendiri yang haloba akan takhta mahupun kuasa. Yang bangkit membela kedaulatan dan kesucian agama akan digelarkan sebagai penunggang agama, yang menuntut hak pusaka untuk membela nasib bangsa akan dilabelkan dengan julukan pengkhianat dan pengamal ilmu sihir yang dipandang hina. Rakyat yang mudah diperdaya dengan muslihat manusia yang bertopengkan syaitan serta pemimpin yang licik dan pengecut berselindungkan ketakwaan untuk menyembunyikan sifat munafik dalam diri, nescayalah tiada kekuasaan yang akan bertahan lama dengan kemungkaran yang terus berleluasa di dalamnya. Kemudaratan dan kebenaran tidak akan pernah dapat bersatu. Benua tanah kelahiran dimana segala peristiwa berlaku dengan bersaksikan langit dan bumi Nusantara terus menanti sang pembela yang telah dipilih dan dibawa takdir untuk mengubah serta mengembalikan semuanya kepada yang seharusnya. ------------ Bila Benua Nusantara dilanda bencana, Kepimpinan yang mungkar pasti dicela, Kekuasaan dikembalikan kepada yang berhaknya, Kebatilan ditumpas kedaulatan dijaga. ------------- Akankah munculnya seorang pembela yang akan menyelamatkan kesultanan yang sedang gersang berada dihujung gaung semakin hampir dengan dalamnya kehancuran padahnya kebatilan. Dapatkah kedaulatan, akidah dan nusa bangsa kekal dijaga agar tidak luput ditelan zaman. Saksikan perjalanan hidup rakyat kecil yang hanya menginginkan keadilan untuk melindungi segala perkara yang dicintai. Dapatkah kesultanan yang diimpikan itu diwujudkan kembali? [By : HS.ZeaF.W]
All Rights Reserved
#1
novelmalaysia
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Puspitaku Seroja
  • Cerita Sex - Pesta Gangbang Outdoor
  • CINTA HATI SI TENGKU
  • Mama
  • Tiri Adalah Iblis
  • NAFSU SEORANG USTAZAH
  • Nafsu seorang guru
  • JAGA
  • 𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)
  • ABANG TIRI

"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?

More details
WpActionLinkContent Guidelines