Di Akademi Seni Elit, bakat bukan satu-satunya perkara yang menentukan nilai seseorang.
Di sebalik seragam yang sama, setiap pelajar dikategorikan mengikut sistem hierarki yang telah lama menjadi kebanggaan akademi. Pangkat Satu sentiasa dipandang tinggi, manakala Pangkat Tiga sering dianggap tidak mampu berdiri sebaris dengan mereka. Lama-kelamaan, tanggapan itu diterima sebagai satu kebenaran.
Namun, tidak bagi Adelia Ayesha.
Sebagai pelajar Seni Visual, Adelia membawa satu matlamat yang kelihatan mustahil-membuktikan bahawa kemampuan seseorang tidak seharusnya diukur berdasarkan pangkat. Melalui hasil karya dan usahanya, dia berazam untuk meraih VISTARA (Visual Star Award), anugerah tertinggi buat pelajar Seni Visual, sekali gus mengubah persepsi seluruh akademi terhadap hierarki yang selama ini dianggap penentu segalanya.
Namun, apabila persahabatan bertukar menjadi persaingan, kepercayaan mula retak, dan hasutan perlahan-lahan meracuni hati, perjalanan menuju VISTARA menjadi jauh lebih sukar daripada yang disangkakan.
Di Akademi Seni Elit, setiap karya mempunyai cerita.
Tetapi tidak semua orang berani melukis semula cara dunia memandang mereka.
All Rights Reserved