A Season of You

A Season of You

  • WpView
    Reads 24
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Aug 3, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Friends to Lovers
Highschool
First Love
| revamped | Apabila Amaya menerima satu panggilan dari Malaysia mengkhabarkan seseorang yang pernah dikenalinya telah meninggal dunia, dunianya turut sama berubah kelam buat seketika. Fiq Arjuna. Budak lelaki yang nakal dan liar. Budak lelaki yang hampir meragut nyawa ibu tersayang dengan tindakan bodohnya. Budak lelaki yang sama memeluk jiwanya dalam kehangatan memori zaman persekolahan yang sudah luput dari ingatan. Cinta pertamanya. Azam Amaya untuk tidak menemui lelaki itu lagi, berakhir dengan memerhatikan jasad yang sama ditanam lapan tahun kemudian. Tatkala dirinya masih hanyut dalam rasa yang tidak bernama, kehadirannya di sebuah kafe asing di persimpangan sepi memberinya satu peluang. Peluang keemasan untuk memutar semula waktu yang hilang. "Putaran masa ini, tujuannya bukan untuk mengubah takdir yang telah tertulis, tetapi hanya untuk saudari mengubat rindu dan mengulang memori. Setuju?" Tawaran aneh yang dianggap enteng itu diterima dengan ragu, membawanya semula ke sembilan tahun lepas sebelum insiden yang memisahkan mereka itu berlaku. Kini, Amaya berhadapan dengan Arjuna sekali lagi. Arjuna yang masih tidak bersalah di matanya. Arjuna yang sama sentiasa menanam bunga di bibir dan hatinya. Dan semakin lama tenggelam dalam memori, semakin membara keinginannya untuk menyusun semula aturan takdir yang telah ditetapkan. Walaupun Amaya cukup tahu, apa yang dia miliki, hanyalah satu musim yang akan berakhir bila-bila masa sahaja. ©saujara | 2026
All Rights Reserved
#169
youngadult
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • The Fatih's Court
  • His Secret Wife
  • Permission to Fall, Prof!
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • KESEMPATAN KEDUA
  • MUTE
  • Skate To Escape
  • Bukan Milik Abadi | C
  • Syaqil's Faithful Heart
  • [C] Pelan Cinta

[COMPLETED] Court series 3 - 2023 "Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya. Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan Engku Fatih, Ezarra fikir kerja tak masuk akal ini tanpa mustahilnya lagi. Peluh merecik hebat ke dahi dikesatnya laju dengan telapak tangan. Selepas itu, barulah tangannya mula berkerja atas arahan dan permintaan Engku Fatih tadi "Dalam dunia ni, kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lelaki yang telah tenggelam dalam dendam dan egois sejak umur enam tahun. Engku Fatih, bukanlah seorang romeo berpujangga. Buta terhadap cinta, obses terhadap prinsip. Tak ada siapa yang menyedarkan. Engku Fatih hanyut dan terus hanyut sehingga menghakim insan yang tidak bersalah tanpa belas kasihan. Disitu, Engku Fatih mulai sedar dendam itu adalah prinsip yang telah memusnahkan dirinya sendiri.

More details
WpActionLinkContent Guidelines