Hayder Mikael tidak pernah menyangka dia akan dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarganya, lebih-lebih lagi apabila hatinya sudah dimiliki oleh Aura Qarisha. Namun, dunia seakan berhenti apabila wanita yang dipilih oleh Mummy dan Daddynya bukan orang asing, tetapi Hessa Ardeena-cinta pertama yang pernah meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya.
Lima tahun lalu, Hayder dan Hessa pernah memilih cinta berbanding segalanya. Mereka berkahwin secara rahsia di United Kingdom, hanya diketahui oleh rakan-rakan terdekat. Namun, perkahwinan itu tidak bertahan lama dan berakhir dengan perceraian selepas setahun bersama.
Kini, selepas empat tahun berpisah, Hessa kembali dalam hidup Hayder sebagai calon isteri yang dipilih keluarganya. Lebih mengejutkan, Hessa bukan lagi wanita yang sama seperti dahulu. Dia hadir bersama sepasang anak kembar berusia tiga tahun yang memiliki wajah seiras Hayder.
Antara cinta lama yang masih berbekas, hubungan baru yang mula terancam, dan rahsia besar yang bakal mengubah segalanya, Hayder terpaksa berdepan dengan pilihan yang tidak pernah dijangka. Adakah dia akan mempertahankan hubungannya bersama Aura, atau kembali kepada wanita yang pernah menjadi sebahagian daripada hatinya?
"I spent four years convincing myself that I had forgotten you. Then you walked back into my life, and I realized I was only pretending."
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang