API CINTA TUAN BOMBA

API CINTA TUAN BOMBA

  • WpView
    Reads 118
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Aug 23, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
First Love
Destined Love
Second Chance
Sebagai anggota bomba, Aqil sudah biasa mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan orang lain. Namun, apabila melibatkan Trisya, gadis yatim piatu yang sudah lama bertakhta di hatinya, dia sentiasa kehilangan punca. Malangnya, Trisya ialah kekasih abang kandungnya sendiri, Aqram. Aqil memilih untuk memendam perasaan demi menjaga hubungan adik-beradik. Namun, Aqram yang ego tergamak memutuskan hubungan bertahun-tahun dengan Trisya demi wanita lain, meninggalkan gadis itu dalam kehancuran. Di saat Aqil cuba menjadi pelindung, dia pula dituduh pengkhianat oleh darah daging sendiri. Sehinggalah satu panggilan kecemasan membawa Aqil ke dasar sebuah gaung. Di situ, dia menyaksikan wanita yang dicintainya terperangkap di dalam remukan besi. Kali ini, Aqil bukan sekadar menjalankan tugas. Dia sedang berjuang menyelamatkan separuh daripada hidupnya. Dengan restu Umi dan Ayah, Aqil akhirnya mengahwini Trisya. Mereka menyangka segala dugaan telah berakhir dan kehidupan sebagai suami isteri bakal membawa kebahagiaan. Rupanya, mimpi buruk mereka baru bermula. Aqram kembali. Bukan untuk meminta maaf, tetapi untuk mengganggu Trisya walaupun wanita itu kini sudah menjadi adik iparnya. Aqram enggan menerima kenyataan bahawa Trisya telah menjadi milik Aqil. Setiap gangguan Aqram menguji rumah tangga yang baru dibina. Aqil terpaksa berdepan dengan lelaki yang bukan sahaja pernah menghancurkan hati isterinya, tetapi juga darah dagingnya sendiri. "Abang ni bomba tau. Setakat api kuali ni, petik jari je abang boleh padam. Tapi kalau api cinta sayang dalam hati abang... abang biarkan dia terbakar terus." Mampukah Aqil melindungi Trisya daripada masa lalu yang enggan melepaskan mereka? Dan sampai di mana batas kesabaran seorang suami apabila abang sendiri cuba mengganggu rumah tangganya? Kerana ada api yang boleh dipadamkan. Tetapi ada cinta yang takkan pernah terpadam.
All Rights Reserved
#29
bomba
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • The Fatih's Court
  • Until Tomorrow
  • Permission to Fall, Prof!
  • KESEMPATAN KEDUA
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • Syaqil's Faithful Heart
  • Takdir Dua Empayar [Complete]
  • Betrayal (C)
  • Skate To Escape
  • Pelan Cinta #1

[COMPLETED] "Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya. Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan Engku Fatih, Ezarra fikir kerja tak masuk akal ini tanpa mustahilnya lagi. Peluh merecik hebat ke dahi dikesatnya laju dengan telapak tangan. Selepas itu, barulah tangannya mula berkerja atas arahan dan permintaan Engku Fatih tadi "Dalam dunia ni, kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lelaki yang telah tenggelam dalam dendam dan egois sejak umur enam tahun. Engku Fatih, bukanlah seorang romeo berpujangga. Buta terhadap cinta, obses terhadap prinsip. Tak ada siapa yang menyedarkan. Engku Fatih hanyut dan terus hanyut sehingga menghakim insan yang tidak bersalah tanpa belas kasihan. Disitu, Engku Fatih mulai sedar dendam itu adalah prinsip yang telah memusnahkan dirinya sendiri.

More details
WpActionLinkContent Guidelines