AETERNA

AETERNA

  • WpView
    Reads 71
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 8
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Aug 20, 2026
WpInfo
Fiction
Action and Thriller
Psychological
Survival
Horror
"Something were never meant to live forever." Lima hari. Itulah rancangan Arian, Eman, Lana, Naim dan Misa apabila mereka menaiki Aurelia untuk menghabiskan cuti selepas peperiksaan. Lima hari untuk makan, tidur, bergelak ketawa dan melupakan universiti buat sementara waktu. Hari pertama berjalan seperti biasa. Mereka menikmati kapal, menghadiri acara perasmian eksklusif dan menyaksikan pengenalan Aeterna-sebuah rawatan baharu yang dikatakan mampu mengubah masa depan perubatan. Kemudian, rancangan berubah. VVIP yang sepatutnya meninggalkan kapal selepas acara memutuskan untuk tinggal dua hari lagi. Tidak ada siapa kisah. Sehinggalah dua hari itu berlalu. Mereka masih di atas Aurelia. "Eman, kita bila nak balik?" Eman diam. "Eman?" "Aku tak tahu." Perkara-perkara kecil mula berlaku. Seseorang tidak muncul untuk sarapan. Seseorang yang mereka kenal mula bertindak pelik. Beberapa kawasan kapal ditutup tanpa penjelasan. Komunikasi semakin sukar. Dan semakin lama mereka berada di atas kapal, semakin banyak perkara yang tidak masuk akal. "Dia tadi ada dekat sini." "Siapa?" Arian memandang koridor kosong di hadapan mereka. "Orang yang kita nampak semalam." Naim mengerutkan dahi. "Tak ada siapa." "Aku nampak dia." Lana terdiam sebelum bertanya, "Kalau macam tu... kenapa dia tak kenal kita?" Percutian lima hari berubah menjadi seminggu. Seminggu berubah menjadi tempoh yang tidak lagi mempunyai tarikh tamat. Di tengah lautan, mereka tidak mempunyai jalan keluar. Dan di sebalik Aeterna, sesuatu sedang berlaku yang jauh lebih besar daripada apa yang mereka sangka. Mereka menaiki Aurelia untuk bercuti. Kini mereka cuma mahu pulang. Tetapi untuk pulang, mereka perlu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di atas kapal itu- sebelum mereka sendiri menjadi sebahagian daripadanya.
All Rights Reserved
#709
action
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • SETIA
  • GAVRIEL
  • TUANKU HAIQAL IBRAHIM :THE MISSION
  • 𝗚𝗛𝗢𝗦𝗧 𝗢𝗙 𝗗𝗘𝗖𝗘𝗜𝗧
  • Mrs. Rayyan
  • Broken Home: Grey Eyes
  • Demian's
  • UNKNOWN [COMPLETE]
  • ရင်ခုန်သံ အချစ်စစ်
  • TWISTED REVENGE (C) (In-editing)
SETIA

Damia Iris Siapa sangka gadis yang memiliki raut wajah yang begitu anggun namun mempunyai jiwa yang begitu kental adalah merupakan teman wanita kepada seorang lelaki yang begitu dikenali gara-gara sikap kaki perempuan. Adrian Iskandar Dia mencintai wanita itu. Hanya wanita itu sahaja yang mengerti dan boleh menerima segala sikap nakalnya.Betapa pentingnya kehadiran dirinya di dalam hidup Iris menyebabkan Adrian tidak sanggup untuk melepaskan Iris pergi. "Ian janji untuk terus setia dengan Iris sampai bila-bila?Selain Ibu,Ian lah orang yang paling penting bagi Iris.Buktikan kepada Iris yang lelaki setia itu masih wujud."-Iris.. "Ian janji.Ian pun sayangkan Iris.Segala onak duri kita hadapi bersama."-Adrian.. Namun... "Baru Iris sedar yang selama ini kita tidak ditakdirkan untuk bersama.Ian pergilah cari kebahagian dengan wanita yang lebih sempurna.Anggap sahaja perkahwinan ini hanya sekadar pertemuan bagi kita berdua,walaupun usia perkenalan kita berdua lebih lama dari usia perkahwinan ini." Start-25.11.2024 Finish-

More details
WpActionLinkContent Guidelines