Pelindung Di Sebalik Laras Senjata

Pelindung Di Sebalik Laras Senjata

  • WpView
    Membaca 8
  • WpVote
    Vote 0
  • WpPart
    Bab 2
WpMetadataReadDewasaBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Rab, Agt 19, 2026
WpInfo
Fiksi
Aksi dan Thriller
Kriminal
DIA TIDAK SEPATUTNYA TERLIBAT "Jangan lari!" Suara itu bergema di lorong gelap yang dipenuhi hujan. Seorang lelaki berlari sekuat hati. Nafasnya tercungap-cungap, langkahnya tidak lagi teratur. Darah menitis dari lengannya, meninggalkan jejak samar di atas jalan yang basah. lelaki itu masih mengejarnya. Lelaki yang tidak pernah gagal menjejakinya. Lelaki yang menjadi mimpi ngeri kepada The Onyx Coalition. Firhan Hazraf. Vance mengetap gigi. Dia perlu mencari tempat untuk bersembunyi. Sekarang. Dia membelok ke sebuah lorong sebelum matanya tertancap pada deretan rumah yang sunyi. Salah satu daripadanya mempunyai pintu yang tidak berkunci sepenuhnya. Tanpa berfikir panjang, Vance terus masuk. Dia tidak tahu siapa pemilik rumah itu. Dia tidak peduli. Apa yang dia tahu, dia perlu melarikan diri daripada Firhan. Dan malam itu... seorang wanita yang tidak tahu apa-apa tentang dunia mereka bakal menjadi mangsa. --- Beberapa minit kemudian. Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah tersebut. Pintu kereta dibuka. Hujan membasahi wajahnya. Matanya mengimbas kawasan sekeliling. Sunyi. Terlalu sunyi. Afya Katrina tidak pernah menyangka bahawa satu malam biasa akan menjadi titik perubahan dalam hidupnya. Dia bukan polis. Bukan ejen rahsia. Bukan juga seseorang yang mempunyai kaitan dengan dunia jenayah. Dia cuma seorang pengurus perpustakaan di sebuah sekolah swasta. Seorang wanita biasa yang menjalani kehidupan biasa. Namun satu kesilapan kecil... telah mengubah segala-galanya. Malam itu, dia kehilangan rasa selamat. Dan tanpa disedarinya... dia juga telah menarik perhatian sebuah kumpulan jenayah yang paling berbahaya. Sedangkan lelaki yang menyelamatkan nyawanya malam itu... adalah lelaki yang suatu hari nanti akan menjadi orang paling sukar untuk dia tinggalkan. Firhan Hazraf. Tetapi sebelum semua itu berlaku... ada satu perkara yang Afya tidak tahu. Vance tidak memilih rumahnya secara kebetulan.
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • π‡πžπ₯π₯𝐨 𝐌𝐞𝐒𝐧 π€π§π πžπ₯ | 𝐂
  • Yang Tertulis Dilangit [C]
  • TWISTED REVENGE (C) (In-editing)
  • TUANKU HAIQAL IBRAHIM :THE MISSION
  • 𝐁𝐒π₯𝐚 π‡πšπ­π’ 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐒𝐧𝐭𝐚𝐒 | C
  • ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBAND
  • Mr.Cruel (TERBIT)
  • UNKNOWN [COMPLETE]
  • SETIA
  • GAVRIEL

𝐂𝐨𝐦𝐩π₯𝐞𝐭𝐞𝐝 | π‡πŒ π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐕𝐨π₯ 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab aku, lagipun dia terima aku bukan sebab cinta" - Nils Edward Benar kata orang, kerana mulut badan binasa. Segala kata-kata yang diungkap oleh dirinya dahulu telah memakan dirinya sekarang. Dia sedar hanya gadis itu yang mampu membuatkan dirinya tidak keruan, siang malam hanya bayangan gadis itu sahaja yang menemani dirinya. Well let's say he is just too obsessed with her. The way she smile, the way she talked, the way she look at him. He just loves it. She is his drugs, his priority and ofcourse his life. "Because of you, I can feel myself slowly, but surely, becoming the me I have always dreamed of being." "Hello Mein Angel"

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan