Undang-undang diwujudkan untuk menjaga keamanan. Namun, apa yang berlaku apabila undang-undang sendiri disalahgunakan oleh mereka yang berkuasa?
Di Yayasan Indah, undang-undang sekolah hanyalah hiasan bagi pelajar yang mempunyai pengaruh dan kekayaan. Ketibaan Syahira di sekolah itu membuka matanya terhadap budaya yang jauh berbeza daripada apa yang pernah dibayangkannya.
Dengan bantuan Daniel, Syahira mula menyiasat beberapa pelajar bermasalah. Namun, semakin dalam mereka menggali, semakin mengejutkan kebenaran yang ditemui.
Beberapa pelajar itu bukan sekadar pembuli atau pembuat masalah.
Mereka mempunyai kaitan dengan dunia gelap.
Pada siang hari, Syahira hanyalah seorang pelajar biasa. Seorang pengawas yang menjalankan tugas tanpa menimbulkan masalah.
Namun apabila malam menjelma, identitinya berubah.
Dia ialah Death Angel... malaikat maut yang memburu mereka yang mempunyai kaitan dengan kematian kembarnya, Mira.
Demi mencari kebenaran tentang kematian Mira, Syahira memilih untuk melangkah masuk ke dunia gelap itu. Setiap jawapan yang ditemui hanya melahirkan lebih banyak persoalan.
Sehinggalah rahsianya terbongkar kepada seseorang yang tidak sepatutnya tahu.
Rizwan Asyrizal.
"Kau... Death Angel? Bahaya, kau tahu tak?"
Syahira tiada pilihan selain meminta Rizwan merahsiakan identitinya daripada keluarganya. Namun di luar jangkaan, lelaki itu bukan sahaja memilih untuk berdiam diri-dia turut menawarkan bantuan.
Masalahnya, Rizwan dan Daniel langsung tidak boleh duduk semeja tanpa bergaduh.
Dengan dua lelaki yang langsung tidak sehaluan di sisinya, satu misi yang semakin berbahaya, dan misteri kematian Mira yang masih belum terungkai.
Mampukah Syahira membongkar kebenaran tanpa kehilangan nyawanya sendiri?
Kerana dalam dunia yang dipenuhi kuasa, wang dan pengkhianatan, kadangkala malaikat maut juga boleh menjadi mangsa.
Todos os Direitos Reservados