Lunelle
  • WpView
    Reads 6
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Aug 24, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Destined Love
Highschool
Slow Burn
Sinopsis Bagi Eryx Zayden Arshan cinta tidak pernah menjadi sesuatu yang perlu dalam kehidupannya. Berulang kali dia menolak perempuan yang cuba mendekatinya. Tidak kira seikhlas manapun perasaan mereka kepadanya, namun jawapannya tetap sama, dia tidak berminat pada cinta termasuklah Lunelle Ailaa Najwa juga pernah ditolak oleh lelaki tersebut. Eryx fikir semuanya akan berakhir di situ. Sehinggalah takdir membawa mereka berdua tinggal berdekatan. Pertemuan yang pada awalnya tidak lebih daripada kebetulan mula berlaku semakin kerap. Namun, sebelum hubungan mereka sempat berubah menjadi apa-apa, satu kejadian aneh menimpa Lunelle. Lunelle lari dari rumah kerana bergaduh dengan keluarganya, secara tiba-tiba tubuhnya berubah menjadi kecil selepas memasuki hutan yang misteri. Mereka bertemu tanpa dirancang, namun takdir telah lama menemukan jalannya. Tidak mampu kembali kepada keadaan asal dan tidak memahami sepenuhnya kuasa pelik yang mengalir dalam keturunannya, heroin terpaksa mencari jalan untuk memecahkan sumpahan tersebut sambil merahsiakan identitinya daripada semua orang kecuali Eryx. Namun, keadaan menjadi lebih rumit apabila lelaki yang pernah menolaknya sendiri menemui dirinya dalam bentuk kecil itu. Dan tanpa disedari, jarak antara mereka semakin dekat. Lelaki yang selama ini dingin mula menunjukkan sisi lembutnya. Dia mula mengambil berat, mula melindungi dan mula terbiasa dengan seseorang yang pada awalnya tidak pernah mempunyai tempat dalam hidupnya. Sedangkan Lunelle semakin takut. Kerana semakin lama mereka bersama, semakin jelas satu perkara Eryx yang pernah menolaknya itu sedang jatuh cinta padanya. Adakah penolakan yang pernah memisahkan mereka akan menjadi alasan untuk mereka berpisah sekali lagi? Ataupun adakah Eryx akan menerimanya setelah semuanya berakhir? Mereka bertemu tanpa dirancang, namun takdir telah lama menemukan jalan
All Rights Reserved
#131
wattpadmelayu
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • The Fatih's Court
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • Skate To Escape
  • Permission to Fall, Prof!
  • MUTE
  • KESEMPATAN KEDUA
  • [C] Pelan Cinta
  • Syaqil's Faithful Heart
  • His Secret Wife
  • Bukan Milik Abadi | C

[COMPLETED] Court series 3 - 2023 "Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya. Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan Engku Fatih, Ezarra fikir kerja tak masuk akal ini tanpa mustahilnya lagi. Peluh merecik hebat ke dahi dikesatnya laju dengan telapak tangan. Selepas itu, barulah tangannya mula berkerja atas arahan dan permintaan Engku Fatih tadi "Dalam dunia ni, kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lelaki yang telah tenggelam dalam dendam dan egois sejak umur enam tahun. Engku Fatih, bukanlah seorang romeo berpujangga. Buta terhadap cinta, obses terhadap prinsip. Tak ada siapa yang menyedarkan. Engku Fatih hanyut dan terus hanyut sehingga menghakim insan yang tidak bersalah tanpa belas kasihan. Disitu, Engku Fatih mulai sedar dendam itu adalah prinsip yang telah memusnahkan dirinya sendiri.

More details
WpActionLinkContent Guidelines