THE NAME I NEVER SAID (OG)

THE NAME I NEVER SAID (OG)

  • WpView
    Reads 3
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Aug 25, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Opposites Attract
First Love
Romantic Comedy
Sejak zaman sekolah, Alya Sofea menyimpan satu rahsia yang tidak pernah diketahui sesiapa......dia menyukai seniornya, Rizqan Rayyan. Mereka tidak pernah benar-benar berkenalan. Setiap pagi, mereka hanya menaiki bas sekolah yang sama. Rizqan dengan dunianya sendiri, Alya pula dengan dunianya sendiri. Namun tanpa Rizqan sedari, kehadirannya menjadi sebahagian daripada rutin Alya. Sebuah senyuman kecil, satu pandangan yang tidak sengaja bertemu, atau sekadar melihat Rizqan duduk di tempat biasanya sudah cukup membuatkan hati Alya bahagia. Alya tidak pernah berharap untuk memiliki Rizqan. Baginya, mencintai dalam diam sudah memadai. Namun bagi Alya, itu sudah cukup. Dia hanya memerhati Rizqan dari jauh dan menyimpan perasaan itu tanpa pernah berniat untuk meluahkannya. Sehinggalah mereka tamat sekolah. Selepas itu, mereka membawa haluan masing-masing dan putus hubungan sepenuhnya. Bertahun-tahun berlalu tanpa mereka bertemu. Sehinggalah pada suatu hari, Alya yang sedang tergesa-gesa di sebuah stesen kereta api kerana mahu berjumpa dengan kakaknya di sebuah pusat membeli-belah tidak sengaja terlanggar bahu seorang lelaki. "Maaf!" Alya hanya sempat memandang wajah lelaki itu yang agak familiar sebelum bergegas pergi. Dia tidak tahu siapa lelaki tersebut..... Tetapi lelaki itu ialah Rizqan. Senior yang pernah memenuhi ruang kecil di dalam hatinya suatu ketika dahulu. Adakah Rizqan benar-benar tidak pernah mengingatinya? Atau selama bertahun-tahun itu, ada sesuatu yang turut disimpan oleh Rizqan dalam diam? Kerana kadangkala, dua hati tidak perlu saling memiliki untuk saling mengingati....!
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • [C] Pelan Cinta
  • Skate To Escape
  • His Secret Wife
  • Permission to Fall, Prof!
  • The Fatih's Court
  • MUTE
  • Syaqil's Faithful Heart
  • Bukan Milik Abadi | C
  • KESEMPATAN KEDUA
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C

PELAN SERIES #1 Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."

More details
WpActionLinkContent Guidelines