ESCAPE

ESCAPE

  • WpView
    LECTURES 5
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Chapitres 1
WpMetadataReadEn cours d'écriture
WpMetadataNoticeDernière publication jeu., août 27, 2026
WpInfo
Fiction
Fantastique
Anges & Démons
Sorcières
Fantômes
Malam itu sepatutnya sama seperti malam-malam yang lain. Tenang. Tiada bunyi kenderaan. Tiada suara manusia. Hanya bunyi cengkerik dan tiupan angin yang menyapu daun-daun pokok di dalam hutan. Namun, tepat pada pukul 12:07 malam, semuanya berubah. Langit yang selama ini gelap tiba-tiba bertukar warna. Hijau. Cahaya hijau memenuhi seluruh langit, pelik dan menakutkan. Orang ramai mula keluar dari rumah masing-masing. Ada yang merakam kejadian itu, ada yang mengambil gambar dan ada yang hanya berdiri sambil mendongak ke langit. Kemudian sesuatu muncul di antara cahaya hijau itu. Bulan. Tetapi bulan malam itu berwarna hitam. Bulat dan gelap seperti sebuah lubang besar di tengah-tengah langit. Tiada siapa tahu apa yang sedang berlaku. Ada yang menganggapnya fenomena alam. Ada yang menganggapnya petanda buruk. Namun, beberapa orang yang lebih tua hanya mampu memandang langit dengan wajah pucat. Kerana mereka pernah mendengar tentangnya. Fenomena yang sama pernah berlaku beratus-ratus tahun dahulu. Langit hijau. Bulan hitam. Dan selepas itu... Mereka muncul. Jeritan tiba-tiba kedengaran dari sebuah jalan. Kemudian satu lagi. Orang ramai mula berlari. Dari sebuah lorong, muncul bayang hitam yang tinggi. DUM. Satu langkah. DUM. Satu lagi. Makhluk itu berhenti lalu mengangkat kepalanya, seolah-olah sedang mendengar. Kemudian ia berpaling ke arah bunyi yang paling kecil. Dalam sekelip mata ia menyerang. Malam itu menjadi permulaan kepada sesuatu yang manusia sangka hanyalah sejarah. Dunia mula berubah. Manusia mula hilang. Dan tiada siapa tahu bagaimana untuk menghentikannya. Jauh dari bandar, di sebuah rumah anak yatim yang dikelilingi hutan, lima belas orang kanak-kanak masih tidur seperti biasa. Mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mereka tidak tahu bahawa pagi esok akan menjadi pagi terakhir yang terasa normal. Dan mereka juga tidak tahu... bahawa dunia mereka sudah berubah selamanya.
Tous Droits Réservés
Rejoignez la plus grande communauté de conteursObtiens des recommandations personnalisées d'histoires, enregistre tes préférées dans ta bibliothèque, commente et vote pour développer ta communauté.
Illustration

Vous aimerez aussi

  • Nasi Tangas
  • Minyak dagu 2
  • • iman𝓊l •
  • CHERITA
  • i'm not a ghost(tao fanfic)| complete|
  • Hantu Bilik Guru Disiplin!
  • C| MANUSKRIP
  • CELAH KAKI
  • Pewaris
  • PARANORMA

"Apa yang jadi pada Aiman ni ustaz?" Tanya Pak Wahab kepada Ustaz Noah. "Aiman ni dah makan benda kotor Pak Wahab. Apa yang Pak Wahab nampak di dalam baldi itu, itulah yang Aiman makan selama ini. Darah itu bukan darah biasa. Itu darah haid." Jelas Ustaz Noah kepada Mak Leha dan Pak Wahab. "Ya Allah astaghfirullahalazim.." Ternganga mulut Mak Leha mendengarnya. Patutlah selama ini Aiman bodoh bukan main. Bagai kerbau dicucuk hidung. Buta mata dan buta hati. Ikut sahaja telunjuk si Qaseh tu. Halal haram semua diketepikan. Langsung tak punya hati.

Plus d’Infos
WpActionLinkDirectives du Contenu