"Kau rasa kau layak untuk aku?" - MUHAMMAD ARASH lelaki yang segalanya nampak sempurna, namun hatinya dingin dan penuh luka. Di kota Paris yang sibuk, dia bekerja menyelesaikan projek besar syarikatnya, dan sering meluangkan masa di kelab malam. Hingga satu malam, matanya tertumpu pada seorang gadis polos: Nur Eliyna Amani, gadis yatim piatu yang dijual oleh sindiket kongsi gelap seolah-olah dia bukan manusia, tapi barang dagangan.
"Dasar perempuan murahan..." itu kata pertama yang keluar dari mulut Arash. Namun di sebalik kata-kata itu, timbul rasa simpati yang tak sanggup dia akui. Dia sepatutnya hanya mahu melayan nafsunya, seperti lelaki lain terhadap Eliyna. Tetapi melihat gadis itu lemah dan tak berdaya, dia membuat keputusan yang akan mengubah seluruh hidupnya. Dia membeli Eliyna daripada sindiket itu, dan berkahwin dengannya bukan kerana cinta, bukan juga untuk menjadikannya isteri yang sebenar, tetapi semata-mata untuk melepaskan nafsunya dan menyelamatkan Eliyna daripada cengkaman mereka.
Bagi Arash, perkahwinan ini hanyalah satu perjanjian palsu. Dia berniat mahu menceraikan Eliyna sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia, kerana di tanah airnya, dia sudah pun mempunyai tunang yang dipilih sepenuhnya oleh keluarganya Perkahwinan itu bukan atas dasar cinta, sekadar penyatuan yang dipaksa keluarga, dan Arash telah berserah menerima takdirnya.
Apabila pulang ke tanah air, Arash menyembunyikan perkahwinan mereka daripada semua orang. Dia memberitahu keluarganya bahawa Eliyna hanyalah seorang pembantu rumah yang dibawanya pulang dari Paris. Tiada siapa tahu mereka sebenarnya suami isteri. daripada paksaan dan simpati,
Adakah dia akan menceraikan Eliyna supaya boleh menunaikan tanggungjawab dan berkahwin dengan wanita yang dipilih keluarganya? Atau dia akhirnya memberitahu kebenaran yang tersimpan rapi selama ini, dan memilih apa yang benar-benar ada di hatinya?
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang