Lily's Sunshine

Lily's Sunshine

  • WpView
    Membaca 126
  • WpVote
    Vote 8
  • WpPart
    Bab 4
WpMetadataReadBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Jum, Agt 28, 2026
WpInfo
Fiksi
Romansa
[NO ADULT SCENES] Bagi kebanyakan staf, sebut saja nama Arlo Xander, Pengurus Kewangan syarikat cukup untuk buat masing-masing kecut perut. Dia garang, terlampau teliti, dan digelar 'singa' penjaga bajet. Tetapi bagi Elinna Lily, eksekutif HR yang sentiasa ceria, berurusan dengan Arlo tak adalah seram mana pun. Malah, singa tu boleh bertukar jadi sangat lembut kalau bercakap dengan dia! Bermula daripada urusan kelulusan kertas kerja dan bajet program, hubungan mereka mula meleret ke sesi makan tengah hari berdua, kejutan coklat di meja kerja dan pandangan mata yang buat jantung berdegup laju. Tiada sengketa dua darjat, tiada musuh tradisi, dan jauh sekali drama air mata. Ini cuma kisah santai tentang Arlo dan Lily, dua manusia berbeza karakter yang perlahan-lahan jatuh cinta dan menemui bahagia yang paling ringkas di celah-celah kesibukan dunia korporat.
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Forever Isn't What We Promised
  • Racing King
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Permission to Fall, Prof!
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • HELLO QASWAR

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan