Semua orang tertanya-tanya, siapakah gadis itu?
Mengapa dia boleh berada dalam keluarga Rymer?
Gadis itu ialah Arlatte Louisa Rymer, anak kandung keluarga Rymer. Seorang gadis yang pendiam, dingin dan sukar didekati. Dia lebih suka menyimpan segala perasaan sendiri daripada menunjukkannya kepada orang lain.
Berbeza pula dengan abang tirinya, Hadrien Jasver Rymer
Hadrien merupakan lelaki yang nakal, suka mengusik dan tidak pernah mudah dijangka. Dia memiliki segala yang diinginkan-kuasa, nama dan kedudukan dalam keluarga Rymer.
Namun ada satu perkara yang tidak pernah mampu dimilikinya.
Arlatte Louisa Rymer.
Hadrien menyimpan perasaan terhadap Arlatte sejak sekian lama. Namun dia sedar, perkataan *tiri* itu sendiri merupakan tembok yang terlalu besar untuk mereka runtuhkan.
Jadi dia memilih untuk berdiam diri.
Sehinggalah satu tragedi mengubah segalanya.
Selepas kedua-dua orang tua mereka meninggal dunia dalam sebuah kemalangan yang meninggalkan terlalu banyak persoalan, Hadrien mewarisi tanggungjawab sebagai penerus keluarga Rymer-dan satu amanah yang tidak boleh dia abaikan.
Menjaga Arlatte.
Pada mulanya, Hadrien menganggap itu hanyalah tanggungjawabnya sebagai abang.
Tetapi semakin lama mereka bersama, semakin sukar untuk dia membezakan antara tanggungjawab dan perasaan.
Di sebalik kematian yang dianggap sebagai kemalangan, terdapat rahsia yang ditinggalkan oleh keluarga Rymer.
Rahsia yang mampu mengubah segalanya.
Dan apabila Arlatte mula menyedari bahawa tidak semua perkara tentang keluarganya seperti yang dia sangka, dia terpaksa memilih antara mempercayai lelaki yang sentiasa berada di sisinya...
atau menjauh daripadanya sebelum perasaan mereka menghancurkan segala-galanya.
"I'm not asking you to promise me forever. I just want to know if, when you look at me, you see someone you could choose tomorrow... and the day after that." - Hadrien Jasver Rymer
All Rights Reserved