The Mafia's Choice

The Mafia's Choice

  • WpView
    Reads 21
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Sep 12, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Bad Boy
Mafia
Dark Romance
THE MAFIA'S CHOICE Dia cuma mahu melangsaikan hutang arwah ayahnya dan membesarkan anak lelakinya dengan tenang. Namun satu malam, tiga tahun lalu, mempertemukan Elara Rose dengan seorang lelaki yang tidak pernah dia sangka akan muncul semula dalam hidupnya. Lucian Valentino. Seorang lelaki yang ditakuti seluruh Valeria. Berkuasa, dingin, kaya dan terbiasa mendapatkan apa yang dia mahukan. Empat tahun selepas pertemuan mereka, Lucian kembali menemui Elara. Tetapi kali ini, dia bukan datang seorang diri. Seorang kanak-kanak kecil bernama Noah membuat Lucian mula mempersoalkan sesuatu yang selama ini tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Mungkinkah Noah ialah darah dagingnya? Semakin Lucian mendekati Elara dan Noah, semakin sukar untuk dia menjauh. Namun dunia Lucian bukanlah dunia yang selamat. Di sebalik kuasa dan nama Valentino, ada keluarga yang mahu menentukan siapa yang patut berada di sisinya. Ada wanita yang percaya dirinya paling layak menjadi isteri Lucian. Dan ada harga yang perlu dibayar apabila seseorang berani menyentuh apa yang paling disayangi seorang lelaki seperti Lucian. Elara pula tidak pernah menyangka seorang lelaki seperti Lucian akan memilih wanita biasa sepertinya. Dia tidak punya kekayaan. Tidak punya kuasa. Tidak punya nama besar. Dia cuma punya hati yang pernah terluka dan seorang anak yang menjadi seluruh dunianya. Tetapi Lucian tidak peduli tentang semua itu. Kerana apabila tiba masanya untuk memilih antara keluarga, kuasa dan cinta... Lucian Valentino hanya mempunyai satu pilihan. Elara Rose. Dan kali ini, dia tidak akan membiarkan sesiapa mengambil wanita yang telah dipilihnya.
All Rights Reserved
#41
malay
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • The Fatih's Court
  • Pelan Cinta #1
  • 𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡 [𝐂]
  • Permission to Fall, Prof!
  • SEBELUM KITA (C)
  • Skate To Escape
  • WANITA TUAN GHAZRIL
  • KESEMPATAN KEDUA
  • Forever Isn't Long Enough

𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅

More details
WpActionLinkContent Guidelines