LAYUNYA BUNGA DI DASAR SAMUDERA [OG]

LAYUNYA BUNGA DI DASAR SAMUDERA [OG]

  • WpView
    Reads 373
  • WpVote
    Votes 68
  • WpPart
    Parts 16
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published about 1 hour ago
WpInfo
Fiction
Romance
Second Chance
Di mata dunia, Zara Sofea beruntung menjadi milik seorang wira samudera. Namun di balik pintu yang tertutup, dia hanyalah tempat Leftenan Zafran Arshad meluahkan amarah. Berdarah panas, angkuh, dan bermulut nista. Pegawai TLDM itu tidak pernah menghargai kelembutan Zara. Bagi Zafran, gadis kedai bunga itu terlalu kerdil untuk berdiri di sampingnya. "Kau ingat air mata dengan muka acah suci kau ni boleh kenyangkan aku? Aku balik kerja penat-penat kat pangkalan, bertaruh nyawa kat tengah laut, aku nak tengok rumah siap, makan minum aku dihidang! Bukan nak balik hadap rumah gelap dan tengok muka lesu kau dengan bau bunga murah ni!" - Zafran Arshad Setiap bentakan dibalas kesabaran, setiap hinaan disiram dengan doa. Namun, pabila racun fitnah meresap dan maruahnya dipijak di hadapan keluarga, benteng ketabahan Zara akhirnya runtuh. Tanpa suara, tanpa setitis pun air mata yang tersisa, Zara melangkah pergi membawa kepingan jiwa yang hancur luluh. Anehnya, saat kelibat Zara benar-benar lenyap, dunia Zafran bertukar menjadi neraka. Bau wangi bunga yang dulu dibencinya kini menjadi igauan yang megarah gila. Keheningan rumah mencekik leher, dan ego gagah sang Leftenan berkecai bertaburan. Buat kali pertama dalam hidupnya, Leftenan Zafran Arshad melutut. Dia merayu, meraung, dan sanggup menyerahkan segalanya demi setitis kemaafan daripada wanita yang pernah dihina. Namun, di saat penyesalan mula berdarah dan ombak lautan memanggil pulang... adakah takdir masih sudi memberi ruang, atau kemaafan itu bakal menjadi igauan abadi yang merentap nyawa?
All Rights Reserved
#7
sweet
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Racing King
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Forever Isn't What We Promised
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • HELLO QASWAR
  • Permission to Fall, Prof!

Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25

More details
WpActionLinkContent Guidelines