Seadanya : Behind The Tears

Seadanya : Behind The Tears

  • WpView
    Reads 60
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 11
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published about 7 hours ago
WpInfo
Fiction
Romance
Enemies to Lovers
Dark Romance
Second Chance
Ada kisah yang bermula dengan sebuah keluarga. Ada kisah yang bermula dengan sebuah rahsia. Dan ada kisah yang bermula apabila seseorang terpaksa membayar harga daripada darahnya sendiri. Thalia Amrina membesar dengan sebuah kehidupan yang disangkanya sempurna, tanpa pernah mengetahui bahawa di sebalik nama keluarganya tersimpan sisi gelap yang jauh lebih mengerikan daripada apa yang mampu dibayangkan. Raja Tamrin Abraham, ayah yang selama ini dianggap sebagai pelindung, sebenarnya mempunyai kedudukan yang membuatkan sesiapa sahaja yang melanggar aturannya terpaksa berdepan dengan hukuman yang tiada belas kasihan. Namun, sebuah kehilangan ingatan akhirnya mengubah jalan hidup Thalia. Di sisi lain, Atzran Nazrie cuma seorang pemuda yang dibesarkan oleh ibunya, Batrisya Masnah, dalam kehidupan yang penuh kekurangan. Tidak pernah meminta lebih daripada sebuah ketenangan, Atzran tetap percaya bahawa mungkin ada pelangi di penghujung jalan hidupnya. Tetapi hidup tidak pernah berjanji untuk menjadi seindah yang diharapkan. Apabila cinta menemukan Atzran dengan Thalia, dia memberikan segala yang dimilikinya-sehinggakan nyawanya sendiri sanggup dipertaruhkan. Namun, semakin dalam dia mencintai, semakin dalam juga dia terluka. Antara darah keluarga, rahsia yang tersembunyi, pengkhianatan, kehilangan dan sebuah cinta yang akhirnya menjadi punca kehancurannya, Atzran terpaksa berdepan dengan persoalan yang mungkin paling menyakitkan: Jika benar ini cinta, mengapa masih ada secebis jiwa yang terluka? Mungkin, sesetengah manusia hadir bukan untuk kekal. Mungkin, sesetengah luka hadir untuk mengajar kita sesuatu yang tidak pernah mampu diajarkan oleh kebahagiaan. Dan mungkin, di sebalik segala yang retak, masih ada sesuatu yang mampu mekar. Di celah retak, terselit mekar kasih. SEADANYA : Behind The Tears A Stand-Alone Story by FAHNA
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • KESEMPATAN KEDUA
  • MUTE
  • Permission to Fall, Prof!
  • Syaqil's Faithful Heart
  • The Fatih's Court
  • His Secret Wife
  • Bukan Milik Abadi | C
  • Skate To Escape
  • [C] Pelan Cinta

𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅

More details
WpActionLinkContent Guidelines