Bagi Kayler Hazmi-pesilat harapan dari Kedah yang menyertai program pertukaran pelajar di Jakarta-hidup ini mudah: taat pada ibu, setia pada seni silat, dan mencintai kumpulan idola JKT48 dengan sepenuh hati. Sifatnya yang periang, "beria", dan gemar menyanyi di sepanjang koridor sekolah sering menjadi perhatian. Walaupun mempunyai suara yang amat merdu, kehadirannya langsung tidak disenangi oleh Fiony Alveria.
Di atas pentas, Fiony adalah ahli JKT48 Generasi 8 yang dipuja kerana kecomelan dan senyuman manisnya. Namun di balik dinding SMA Batavia International Preeminence, Fiony menggunakan sikap ego, kejam, dan dingin sebagai perisai untuk meluaskan dominasi serta melepaskan tekanan hidupnya. Bagi Fiony, Kayler hanyalah lelaki rendahan yang tidak sedar diri.
Satu penghinaan melampau daripada Fiony akhirnya meretakkan maruah Kayler. Kata-kata kesat yang dilemparkan bukan sahaja meragut rasa cintanya terhadap muzik dan JKT48, malah membunuh jiwa periang dalam diri pesilat muda itu. Kayler berhenti menyanyi, membuang segala impiannya, dan bertukar menjadi sosok yang dingin serta berjarak.
Namun, apabila satu insiden berdarah meletus di kejohanan Silat Antarabangsa sewaktu ribut badai melanda, Kayler terpaksa mempertaruhkan nyawanya. Di balik ketakutan melampau terhadap ketinggian dan dentuman guruh, dia berdiri sebagai perisai terakhir buat Fiony.
Adakah penyesalan yang hadir di tengah-tiga darah dan hujan mampu menyembuhkan luka hati yang telah lama berdarah? Atau adakah senandung Kayler telah terhenti buat selama-lamanya?
All Rights Reserved