The Eternal Realms

The Eternal Realms

  • WpView
    Reads 50
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 38
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Sep 27, 2026
WpInfo
Fiction
Fantasy
Dark Fantasy
Mythical Creatures
Fairy Tales and Mythology
Selama seribu tahun, Elaria hidup dalam keseimbangan kerana sebuah kristal purba bernama Heart of Elaria melindungi dunia daripada sesuatu yang jauh lebih tua daripada kerajaan manusia, kaum elf, vampire, dan demon. Namun pada suatu malam, kristal itu retak. Retakan kecil tersebut membangunkan legenda yang sepatutnya telah hilang dari sejarah- The Void King. Untuk menghentikannya, tujuh Astral Relics mesti ditemukan sebelum Heart of Elaria hancur sepenuhnya. Tetapi semakin mereka mencari relic tersebut, semakin mereka menyedari bahawa sejarah yang mereka percaya selama seribu tahun mungkin semuanya adalah pembohongan. Dan di tengah-tengah semuanya terdapat Hazel Ravenna Noir. Sebab Void King bukan sekadar mengenali namanya. Dia sedang menunggunya.
All Rights Reserved
#14
fantasy
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Puspitaku Seroja
  • CINTA HATI SI TENGKU
  • ABANG TIRI
  • 𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)
  • Mama
  • JAGA
  • Penghinaan di Balik Tudung
  • :Not Strangers Anymore[og]
  • CIKGU ERWANIE
  • AIDEN, THE SON OF LEGEND [Completed]

"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?

More details
WpActionLinkContent Guidelines