Seroja Irdina menyangka Ungku Abbas ialah lelaki yang paling sempurna selepas melayan dirinya bak seorang puteri. Namun, keindahan itu tidak bertahan lama apabila Ungku Abbas mula bertukar menjadi creepy dan obses gila babi. Setiap gerak-gerinya diekori, telefon bimbitnya digodam, dan segenap ruang hidupnya dikawal ketat sehingga Seroja diselubungi ketakutan.
Terkurung dalam cengkaman psiko itu, Seroja akhirnya meminta bantuan kawan rapatnya, Rafizi. Rafizi bersama Mazli menyusun pelan berbahaya untuk melarikan Seroja. Namun, sewaktu pelan itu berjalan, satu rahsia gelap akhirnya terbongkar-Ungku Abbas sebenarnya langsung tidak kisah pasal Seroja. Seroja hanyalah 'umpan' yang digunakan oleh Ungku Abbas demi memancing dan memusnahkan musuh lamanya, Syed Ghaffar!
Selepas kegilaan Ungku Abbas berjaya ditumpaskan dan ancaman berlalu, Syed Ghaffar hadir sepenuhnya untuk memastikan keselamatan Seroja. Walaupun Mazli sentiasa menjadi pelindung yang setia di sisinya, keikhlasan dan ketegasan Syed Ghaffar yang mempertaruhkan nyawa demi Seroja akhirnya berjaya mencuri hatinya. Detik-detik cemas itu bertukar menjadi memori lalu apabila Syed Ghaffar meluahkan perasaan sebenar, membawa hubungan mereka ke penghujung yang cukup manis, tenang, dan bahagia.
All Rights Reserved