We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Takdir Cinta (E & F)

Takdir Cinta (E & F)

  • WpView
    Reads 4,614
  • WpVote
    Votes 217
  • WpPart
    Parts 21
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Feb 12, 2022
WpInfo
Fiction
Romance
"Weh, siapa dia orang ni?" soal Inani, mengangkat keningnya kepada Ema. "Anak-anak saudara Tengku Fateh tu," jawab Ema bersahaja. Dia melihat Fateh yang masih beratur bersama Huda untuk membeli aiskrim tambahan itu. "Amboi kau sekarang. Dating dengan Tengku Fateh tak cerita dengan aku pun..." Bulat mata Ema mendengar kata-kata kawan sekolahnya itu. "Shhh... Kau jangan mengarutlah, Nani. Aku terserempak dengan dia sahaja kat sini. Aku datang dengan adik-adik akulah." Benar, dia datang ke pusat membeli-belah ini dengan adik-adiknya. Namun, dia melepaskan adik-adiknya ke mana mereka ingin pergi bersama sedikit wang, asalkan bertemu kembali dengannya sebelum mereka pulang sekejap sahaja lagi. Dia meminta adik-adiknya datang berkumpul kedai aiskrim ini. "Iyalah. Kau datang dengan adik-adik, dia datang dengan anak-anak saudara. Alah... tak payah sorok apa-apa daripada akulah. Aku tumpang gembira untuk kau!" Ema menghela nafas pendek. Nampaknya Inani tidak percaya apa yang dia katakan. Apa lagi yang dia boleh cakap untuk menafikan idea Inani itu? "Okeylah. Aku ada hal sebenarnya. Aku pergi dulu ya. Kirim salam pada Tengku Fateh. Kahwin nanti, jemput aku tahu!" Inani pantas berlalu sebelum Ema sempat berkata apa-apa. Ema hanya menggeleng. Dia memandang Hadif dan Hafawati yang masih makan aiskrim. Penuh adab cara kanak-kanak ini makan. "Mana Inani? Dah pergi?" suara Fateh mengejutkan dia daripada memerhati kembar itu. Ema mengangguk sahaja sebagai jawapan. Fateh kembali mengambil tempat duduknya dan Huda di ribanya. ----------------------------------------- Fateh - bekas ahli skuad elit tentera udara, merangkap putera diraja kedua negara Zamora. Ema - Asyik bertukar kerja sahaja. Siapa Ema sebenarnya?
All Rights Reserved
#1
moden
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • HADIF'S ©️
  • The Revival of Love (Completed)
  • Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C
  • Hipsteria 2
  • Memoir Si Hati Kering
  • Perempuan Terakhir | OG
  • Psycho Itu Aku Punya
  • 𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]

"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali berjumpa, si gadis sudah memberi gelaran kepada si jejaka. Hari berganti hari. Niat Hadif mahu membantu Adellia daripada berkahwin dengan orang yang tidak disukai. "Okay Adif, kenapa awak saya suruh ikut awak sekarang ni?" -Adellia Dahlia. "Jumpa bakal mak mertua aku-Hadif Ziqri Pada saat itu, seorang Jejaka bernama Hadif telah mengenalkan dirinya sebagai boyfriend kepada si gadis. Semakin hari mereka semakin rapat sehingga sayu peristiwa yang tidak diingini berlaku. "Awak buat apa dekat sini?" -Adellia Dahlia "Dah bangun? Aku datang nak jenguk kau lah" -Hadif Ziqri "Untuk apa Adif? Saya malu dengan awak..saya dah tak suci" -Adellia Dahlia. Peristiwa yang berlaku pada malam itu membuatkan Adellia jijik dengan diri sendiri. Namun tidak bagi Hadif. "Lets get married" -Hadif Ziqri Adakah si gadis menerima lamaran si jejaka ?

More details
WpActionLinkContent Guidelines