Semasa sedang membuat kajian tentang orang cacat penglihatan, Naziha dan Meera menemui surat di dalam salah sebuah buku di perpustakaan. Naziha amat teruja dengan kandungan surat tersebut. Naziha mempercayai surat tersebut belum sampai ke tangan penerimanya. Dia amat inginkan surat tersebut sampai ke tangan orang tersebut namun tiada sebarang maklumat tentang orang tersebut kecuali namanya Syazana. Naziha dan Meera memulakan penyiasatan mereka untuk membongkar rahsia surat tersebut and meletakkan nyawa mereka dalam keadaan bahaya. Semakin dalam mereka menyiasat , semakin banyak yang mereka menemui sampaikan mereka terpaksa berhadapan tentangan orang ramai. Apakah kandungan surat tersebut? Bagaimanakah Naziha dan Meera membongkar rahsia surat tersebut? Siapakah yang akan membantu mereka menghadapi tentangkan? Kemanakah surat tersebut membawa Naziha dan Meera? Adakah mereka akan berjaya menyampaikan surat tersebut? Kisah ini bukan hanya kisah Naziha dan Meera tetapi kisah ini akan membawa anda ke suatu kisah cinta yang luar biasa….All Rights Reserved