Lubuk Puaka - Ilusi Tanpa Penghujung [18SG]
Seorang pemancing tegar bernama Hisham sering menjelajah ke lubuk-lubuk terpencil demi mencari hasil tangkapan yang luar biasa besar. Dia beranggapan setiap perjalanan hanyalah ujian kesabaran dan kemahiran semata-mata - sehinggalah dia menemui sebuah lubuk yang ikannya terlalu banyak, terlalu mudah didapati, sehinggalah rasa teruja itu perlahan-lahan berubah menjadi satu perasaan gelisah yang tidak dapat dijelaskan.
Penduduk Kampung Pasir Hitam menamakan tempat itu "Lubuk Puaka" - kawasan larangan mutlak, tempat yang tidak boleh diganggu sesiapa. Mereka berbisik bahawa lubuk itu bukan milik manusia, dan penunggunya sangat membenci kehadiran orang luar. Namun Hisham tidak percaya. Baginya, itu hanyalah cerita lama yang direka untuk menakutkan orang kampung yang berhati lemah. Dia tidak tahu bahawa apa yang dia anggap sebagai peluang emas sebenarnya adalah perangkap yang telah lama menunggu mangsa tanpa sesiapa pun sedar.
Apa yang bermula sebagai perjalanan memancing biasa, kini berubah menjadi pertempuran antara akal dan ilusi, antara manusia dan kuasa yang tidak dapat difahami akal manusia. Di dalam lubuk itu, tiada apa yang nampak benar-benar wujud, dan tiada siapa yang boleh dipastikan masih selamat. Apa yang dilihat boleh menipu. Apa yang didengar boleh menyesatkan. Dan apa yang dirasakan selamat... boleh jadi bahaya yang paling mematikan.
"Jangan percaya apa yang kau lihat. Jangan percaya apa yang kau dengar. Jangan percaya kau masih selamat."
- Fakrul Arif