Mereka Saling Jatuh Cinta. 3 Tahun Mengukir Nama Di Persada Langit Yang Sentiasa Menjadi Saksi Percintaan Mereka. Namun, Semua Itu Berkecai Tatkala Sebuah Rahsia Yang Sudah Lama Tersimpan Rapi Dibuka. Sepatutnya Mereka Gembira. Tetapi, Ini Tidak. Mereka Yang Sedih, Mereka Yang Hiba, Meratap Nasib Yang Tidak Dijangka-Jangka. Selama Ini Mereka Tersalah Mencintai. Tersilap Menyemai Benih Cinta Yang Sudah Bercambah Dalam Hati. Maka, Perpisahan Terpaksa Dijalankan. Pedih. Hati Siapa Yang Tidak Pedih Apabila Orang Yang Dicintai Selama 3 Tahun Itu Ialah Adik Perempuan Kandungnya Sendiri Yang Selalu Muncul Di Dalam Mimpi? Pilu. Hati Siapa Yang Tidak Pilu Tatkala Mendapat Tahu Bahawa Insan Yang Dia Cintai Separuh Nyawa Itu Adalah Abang Kandung Yang Sudah Lama Berpisah Dengannya Bertahun Lalu? Percintaan Ini Tidak Akan Mampu Disatukan...