BROTHERHOOD LOVE

BROTHERHOOD LOVE

  • WpView
    Dibaca 4,576
  • WpVote
    Vote 349
  • WpPart
    Bab 16
WpMetadataReadLengkap Sab, Apr 2, 2016
WpInfo
Fiksi Penggemar
BTS
SINOPSIS: Mengisahkan perjuangan seorang abang terhadap adik-adiknye selepas kematian kedua ibu bapa mereka.Jin seorang abang yang sanggup membuat ape sahaja untuk membahagiakan adik-adiknye.Jin sanggup bekerja apa sahaja walaupun dia masih bersekolah.Dia tidak membenarkan sorang pun dari adik-adiknye untuk kerja membantunye.Baginye,biarlah dia seorang sahaja yang bekerja sebab dia nak tengok adik-adiknye berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita tanpa halangan.Jin ade dua orang adik kembar yang istimewa.Mereka ini seperti kanak-kanak walaupun sudah berumur 14 tahun.Otak dorang ni seperti budak-budak 3 tahun dan tak pandai uruskan diri sendiri tapi otak dorang pandai dalam pelajaran sampai guru-guru dorang pun terkejut.Dorang jugak tidak bersekolah di sekolah khas tapi sekolah di sekolah yang sama dengan hyung-hyung dan adiknye.Konflik berlaku,apabila Jungkook mula terpengaruh dengan rakan-rakannye sehingga menyebabkan hyung iaitu Jin terlantar di hospital disebabkan perbuatannye
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • BERUBAH
  • Misi Pikat Hati Suami
  • MELISSA 2
  • what should i do?
  • Kesulai Lemai Season 2 Completed
  • The Most Beautiful Moment In Life
  • Flower Boy High School
  • ʚɞ【𝔹𝕒𝕓𝕪𝕤𝕚𝕥𝕥𝕖𝕣 𝕋𝕦𝕒𝕟 ℙ𝕦𝕥𝕖𝕣𝕒】ʚɞ
BERUBAH

Am menatap langit dari tingkap kelasnya. Awan putih berarak perlahan, seolah-olah tiada beban di dunia ini. Betapa dia berharap dapat merasa begitu-ringan, bebas, dan tanpa rasa sakit. Dahulu, dia seorang pelajar yang cemerlang. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, namanya pasti di atas. Dia pernah menikmati perasaan itu-dipuji oleh guru, dikagumi oleh rakan-rakan, dan paling penting, membuat ibu bapanya bangga. Namun, semuanya berubah dalam sekelip mata. Setahun yang lalu, ketika dia masih berusia 14 tahun, keluarganya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hari itu sepatutnya menjadi hari yang biasa. Mereka baru sahaja pulang dari menghadiri kenduri keluarga di kampung. Am masih ingat suara gelak tawa adiknya di tempat duduk belakang, bau minyak wangi ibunya, dan suara ayahnya yang perlahan-lahan bersenandung lagu lama. Kemudian, semuanya menjadi gelap. Am hanya mengingati bunyi dentuman kuat, tubuhnya terhempas ke sisi, dan kesakitan yang mencengkam seluruh tubuh. Ketika dia membuka mata, dunia sudah berbeza. Ambulans. Lampu merah yang menyilaukan. Jeritan. Tangisan. Dan akhirnya, berita yang membuatnya tidak mahu hidup lagi. Ibu, ayah, dan adik-beradiknya semuanya pergi. Tinggal dia seorang diri. Sejak itu, Dia berhenti peduli tentang sekolah, tentang hidup. Buku-buku yang pernah menjadi temannya kini berselerak di meja belajar tanpa disentuh. Guru-guru yang dahulunya menyayanginya kini hanya mampu menggeleng kepala melihat sikapnya. Rakan-rakan menjauh, takut dengan perubahan dirinya yang semakin kasar dan dingin. Hari-harinya di sekolah menjadi beban. Setiap kali loceng berbunyi, dia hanya duduk diam, memandang ke luar tingkap, menunggu masa berlalu. Tetapi ada satu perkara yang tidak pernah dia jangka. Seseorang yang masih peduli pada dirinya.

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan