Jika seseorang menawarkan kau sesuatu yang langsung tidak masuk akal, aku nasihatkan kau supaya menolak dan larilah dari seseorang itu jauh-jauh. Pasti akan ada seseuatu yang kau perlu bayar untuk mendapatkan tawaran yang sesuatu itu. Tolonglah dengar nasihat aku. Bagaimana dengan aku? Aku tak ada pilihan. Kerana tawaran itu datang tanpa pilihan. Mereka yang memilih aku setelah aku memilih apa yang aku telah pilih. Jadi kerana itu aku tiada pilihan. Kau faham bukan? Ini adalah kisah aku tentang bagaimana aku menjadi boneka mereka untuk menjalankan PENYINGKIRAN.