Tajuk: Assalamualaikum Hawa Penulis: Qstina Alya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-02-9 Harga: RM22(Semenanjung) // RM25(Sabah & Sarawak) SYIFA pernah tersungkur kerana butanya dia dalam menilai erti kata cinta. Dia terhanyut jauh sehinggakan terasa goyah kakinya untuk terus bertapak saat diri sendiri memutuskan untuk berhenti mencintai. Disebabkan satu kesilapan, Syifa menuntut perpisahan. “Bagi saya ruang untuk cari diri saya semula. Diri yang tenggelam dalam cinta ‘berbayar’ awak…” – Syifa. QAYYUM pula hidup bersama penyesalan yang tidak pernah surut. Merata dia mencari Syifa, tapi bayang si empunya tubuh tidak pernah memunculkan diri. Ya, dia pernah tersilap langkah. Andai dihimpun seberapa banyak tangis yang gugur, tetap hatinya terasa daki dosa itu masih terkumpul. “Baliklah, Qay. Awak nak apa cari saya sampai ke sini?” – Syifa. “Saya nak awak... Saya serius, Syifa!” – Qayyum. “Boleh jalanlah dengan serius awak tu, Qay. Awak sedar tak apa awak cakap ni? Awak sedar tak yang awak tak layak nak minta dekat saya macam tu?” – Syifa. “Awak dah tak cintakan saya?” – Qayyum.